Monday, April 7, 2014

April .. Bulan yang sibuk ... havoc

Bulan April bulan yang agak sibuk ... banyak sangat event , banyak pertandingan . Nak kena prepare dan latih budak - budak . Bukan budak saja yang penat , cikgu pun sama . Adat masuk pertandingan , mesti nak menang kan ?

Sekolah kami enrolmennya kecik je ... pusing pi pusing mai , balik-balik budak yang sama jugak ... tak banyak pilihan . Meen salah sorang pelajar yang terpilih untuk banyak pertandingan sekali gus .. rasa kesian kat dia ... mak dan ayah harap dia dapat fokus lebih kepada pelajaran tapi nampak gayanya sekarang ni dia kena fokus kepada banyak benda ... kesian anak mak . Harap sangat semua ni cepat berakhir .

Haikal pun sama ... tapi dia takpe la sebab baru darjah 4 ... suka la dia bila cikgu letak nama dia untuk pertandingan or camping . Last week dia pi camping di Pusat Koko selama 4 hari . Hujung minggu ni ada satu lagi aktiviti dia dapat join ... sukan perahu layar . Moga ada la rezeki anak teruna mak di situ . Lusa dia ke latihan MKJR .. sibuk betul anak-anak mak .


Esok dan lusa Meen dan  kawan-kawan dia akan berjuang dalam pertandingan ePPDa ... emak tak meletakkan harapan yang tinggi ... kalau ada rezeki tak ke mana . Kak Una dan Nisha pun tengah berjuang dalam exam minggu ni ... mak dan ayah hanya mampu berdoa ... mmg nampak la depa dok berusaha . Nisha dah nampak banyak peningkatan ... kalau rajin Insha Allah tuhan akan tolong kita .


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails