Monday, April 14, 2014

Cerita Abang Haikal



Assalamualaikum,

Jarang sekali mak menulis tentang abang Haikal .. hero kami ni diberi peluang untuk mengikuti Program Tunas Perahu Layar . Latihan pertama bermula semalam ( Ahad ) ... mak ayah dan adik Akim pergi sama ke Putrajaya untuk beri sokongan kepada abang Haikal . Selepas taklimat , buadak-budak baru ni diberi teori dan latihan pasang layar oleh pelayar senior .



 Lepas solat Zohor mereka turun ke air ... merasai pengalaman pertama belayar dengan perahu optimis .


Mula - mula nampak cuak .. lepas beberapa minit dah nampak excited sangat si Haikal ni .


 Abang bertuah dapat join sukan ni ... so buat betul-betul ya abang .


Dia cuba jugak sekejap ... 1st trial memang tak pandai pun . Mak berulang kali pesan Haikal kena dengar dan ikut arahan abang tu .


Naik kali ke 2 ...


Habis belayar , terjun ke tasik untuk water confident . Abang Haikal kurang menyerlah dalam akademik so mak dan ayah bagi peluang untuk dia aktif dalam aktiviti kokurikulum .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails