Monday, June 9, 2014

Dah tak berapa ada mood nak berblogging

Assalamualaikum ,

Dah lama rasanya tak masuk menulis di sini .. akak dah tak berapa ada mood nak berblogging.. bukan setakat di blog . Di fb pun sama ... seakan ada yang berbisik " tak payah lah " setiap kali nak menaip . Sayang sebenarnya dengan blog kami ni ... catatan suka duka kami yang bakal jadi kenangan buat anak-anak .


Cuti sekolah dah seminggu berlalu .. kami balik ke kampung seminggu .. semalam baru sampai KL semula .. kak Una dah balik MRSM .. depa cuti awal . Seperti biasa cuti seminggu rasa singkat sangat .. terpaksa bahagi 2 .. kejap ke rumah tok som , the next day rumah tok Minah .. merasa jugak 1 malam di rumah sendiri . Penat kot jalan je lebih .

 Cuti berbaki seminggu lagi .. banyak kerja sebenarnya nak dibereskan .. masih ada mood nak buat kerja sekolah .. alhamdulillah . Sambil-sambil tu dok pantau anak-anak buat ulangkaji terutamanya Meen dan Nisha yang akan ambik periksa besar tahun ni .

Yang tak bestnya mesin jahit yg baru beli tu rosak la pulak .. apa kena pun tak tau la .. abang misai nak cuba tengok dulu .. kalau tak boleh jugak kena panggil orang mai repair la . Dah abis warranty :(  terbantut plan nak menjahit cuti ni .. langsir bilik guru pun belum siap sampai skrg . Nanti dah bukak sekolah sure akan kembali sibuk .

ok stop sini dulu .. nak try update blog sekolah pulak .. dah bersawang teruk sgt .. GB dan GPK baru entah tau ke tak blog sekolah ni wujud .. akak tak pernah bagitau .


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails