Wednesday, November 11, 2015

I love you emak

I am bless ... syukur alhamdulillah .

Cuti Deepavali yang agak panjang bagi kami ... padahal sekolah takde pun murid or cikgu India . Cuti kali ni banyak dihabiskan di rumah saja . Sabtu dan Ahad seperti biasa Haikal ada training di PD . Isnin dia dah start demam ... sampai hari ni masih belum sihat . Asyik muntah saja . Kesian hero mak sorang ni . Semalam ayah dah bawa ke hospital ambik ubat . Get well soon Haikal . Dia jarang sakit ... sekali sakit , memang duduk bawah selimut saja .

Cuti panjang sepatutnya emak ambik peluang ni untuk siapkan kerja-kerja yang terbengkalai ... tapi entahlah ... sejak dua menjak ni bila cuti memang mak nak cuti betul2....nak rehat sepuas-puasnya . Semalam baru duduk depan PC buat kerja sekolah ... siap la satu tugasan ... berderet-deret lagi menunggu . Mak dah buat senarai semak yang nampaknya akan betul-betul menYEMAKkan hidup mak seminggu dua ni ... cuti hujung tahun dah makin dekat . Tak sabar mak ... nak jadi suri rumah sepenuh masa .

                                  

Tengah mak sibuk buat kerja depan PC ... si kecik mai hantar kertas bentuk heart ni ... belakangnya ada tulis "Akim sayang Emak ".... I love you too baby . Dia masih macam dulu ... masih baby manja emak . Tahun depan Akim dah nak masuk darjah 1 . 

Hari ni Nisha minta izin nak keluar dengan kawan-kawan dan ayah izinkan .... bukannya selalu pun ... dalam setahun ada la 2 kali minta nak keluar dengan kawan-kawan . Ayah hantar dan petang nanti ayah akan pegi ambik . 

Husna tak balik rumah walaupun cuti banyak hari ... dia study di asrama saja . Next Monday sambung exam semula .Kami tak mampu nak pi melawat kerap-kerap. Bulan ni budget agak lari . Bersabarlah kakak .... sikit je lagi perjuangan kakak akan berakhir . 

Meen.... dia dikerah kemaskan bilik . Dia nak ubah kedudukan perabut dalam bilik ... ubahlah anak oi ... ikut suka hampa la. Janji bilik hampa kemas dan bersih . Kalau rajin mai kemas bilik mak sekali . 

Cukup sudah cerita anak-anak untuk hari ni ... tengah mencari mood untuk menulis semula . Dah lama tak blogging , sampai rasa kekok nak menaip .


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails