Wednesday, November 30, 2016

Sisterhood Trip to Korea


Day 1 : Rabu 30 Disember 2016 .
Setelah 6 jam perjalanan , Alhamdulillah flight selamat mendarat di Incheon airport . Kami berkelana di Korea selama seminggu . Perkara pertama kami buat bila sampai di airport ialah ambil wuduk dan cari satu sudut untuk solat sebab kami tak pasti ada ke ruang untuk solat di airport ni. Selesai solat , maklang pidah berurusan untuk dapatkan kereta yg kami sewa . Maklang dah book awal dari Malaysia lagi. Semua urusan maklang pidah yang buat . dia cekap bab planning ni . Akak mana la tau , nak keluar makan angin setahun sekali pun payah .


Kami sewa kereta untuk 4 hari .. lebih kurang RM300 sehari . Tong-tong 3 orang .



Keluar saja dari kawasan airport , dah gelap padahal baru pukul 5 petang waktu Korea dan dah nak masuk Magrib pun di sana . Kami ke rumah yang kami akan tinggal sepanjang 4 hari di Seoul . 2 bilik bercantum di Yongsan Park Jai tower . selesa dan bersih , cuma kena tinggal sekali dengan tuan rumah tapi masih ada privacy . 

Kalau orang kita pi travel luar negara , segala mak nenek diangkut bawa . Bekalan makanan saja dah 1 beg. Mini rice cooker pun kami bawa . Bukan senang nak cari makanan halal di negara bukan Islam dan kalau dapat pun harganya mahal . Tak larat hari-hari nak makan di kedai . Lagipun masing-masing tekak Malaysian . Nasik tu wajib hari-hari .



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails