Monday, December 12, 2016

Anak-anak zaman dulu dan generasi sekarang


6 perkara yang saya buat ketika kecil versus apa yang anak anak saya buat.

1. Saya tak pernah merasa shopping groceries bersama ibu dan ayah di pasaraya, siap duduk dalam troli. Anak anak membesar dengan Econsave, Carrefour, Tesco, Giant dan Billion. Zaman saya, beli kicap, garam dan gula di kedai Teng Keng saja.
2. Saya dan adik beradik pergi sekolah dengan basikal. Keluar rumah subuh subuh, duit sekolah ambil dalam poket seluar ayah, makan roti cicah susu pekat manis. Anak-anak naik kereta sampai depan sekolah. Dapat peluk cium ibu dan ayah.
3. Bila melangkah ke asrama, mak dan abah melawat sebulan sekali. Selepas abah meninggal, langsung tiada pelawat dari tingkatan tiga hingga habis SPM. Anak-anak pula, dua minggu sekali kami pergi melawat. Yang di KL lagi la, setiap hujung minggu dapat jumpa ibu dan ayah.
4. Kami dulu makan nasi dengan ikan kembung dan kicap. Tak ingat bila makan ayam, macam tak pernah rasanya. Makan daging masa Hari Raya Korban saja. Anak-anak sekarang? Bersusun ikan, daging dan ayam dalam peti ais, cakap saja nak makan apa, ibu keluarkan dan masak.
5. Baju sekolah, baju raya sampai baju sukan pun mak yang jahitkan. Tak pernah merasa pergi kedai acu baju kebadan. Tak fikir pun jenis kain yang mak guna, keras atau kasar, kami pakai tanpa mengeluh.
Anak-anak sekarang, beli baju sekolah nak yang material nya sedap dipakai. Kalau salah beli, tak nak pakai. Demand nak yang baru.
6. Cuti sekolah kami dihabiskan di pasar malam. Bekerja mencari duit belanja. Bantu mak saudara jual kuih peneram. Umur 15 tahun dah mula kena cari duit sendiri. Balik ke sekolah tangan mengelupas, setiap hari membasuh peralatan berniaga. Bangun 5 pagi, balik 12 malam. Letihnya tak terkata.
Anak-anak sekarang, cuti sekolah pergi kem motivasi, pergi main bowling, tengok wayang atau duduk rumah mengadap tv dan komputer.
Berbezanya cara saya membesar berbanding anak- anak. Saya seringkali berfikir, adakah anak- anak saya akan mempunyai strong character bila dewasa nanti? Karakter seorang survivor.

* dipetik dari penulisan adik akak Haslinda Matisa di fbnya

Apa yang ditulis di atas ni adalah dari pengalaman akak dan adik-adik . Tambahan pula kami anak yatim .. hidup sangat sederhana . Dulu kalau nak ke mana-mana dan buat apa-apa urusan semua sendiri . Adik akak Si Linda ni nak masuk U pun dia pi daftar sendiri , bawak la bag baju sendiri . Kami hanya hantar dia masa masuk matrik saja . Mak tak mampu so kami belajar buat sendiri . Jalan kaki jauh-jauh tu perkara biasa . Anak-anak sekarang kalau ayah tak mai ambik time balik sekolah boleh nangis sebab tak sanggup berpanas jalan kaki balik ke rumah . 


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails