Monday, January 21, 2019

Day 2 : Uludag

Copy paste daripada catatan adik emak . 

Sebaik turun dari Uludag, kami melalui sebuah kampung yang diberi nama Inkaya Cinar.
Nama kampung ini diambil bersempena dengan pokok besar. Hari ini kami melawat pokok sahaja nampaknya. Hajat hati nak bermain salji di Uludag, namun cuaca tidak menyebelahi kami. Walaubagaimanapun, kami tetap happy bergambar dan melompat dipuncak Uludag ditemani cahaya matahari yang cukup terang menyimbah bumi.
Dibawah pokok besar ini disediakan meja-meja makan untuk pengunjung bersembang sambil menikmati teh Turki panas bersama keluarga atau rakan-rakan.
Pokok ini memang besar. Dan cantik pula tu. Daun-daun kuning menambah keindahannya. Tidak hairanlah ramai pelancong berhenti di sini.
Haslinda Mat Isa
~ Trip Anatolia, Turki 2018~
#TerokaiTurki




Tak tercapai niat kami nak main salji tapi semua positif je ... lain kali ada rezeki kita jalan - jalan main salji , cari timing yang betul .





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails