Tuesday, August 31, 2010

Header baru lagi


Setelah beberapa bulan guna header yang sebelum ni , kali ni akak tukar lagi .. buat sendiri je , boleh la kan ... tapi tak ler secantik & secanggih header yang ditempah . Tetap setia pada tema hitam putih , sesuai dengan background blog ni ... mana pegi header lama ... header tu diguna pakai di blog yang akak khaskan untuk contest je ... lately suka sangat join contest yang dibuat oleh rakan-rakan blogger ... melalui contest akak dapat lebih ramai kawan .. bukannya menang pun , just for fun .. kalau ada rezeki , alhamdulillah .

Berbalik pada cerita header ... semua header yang akak pernah guna sebelum ni , tersimpan dalam satu foledr .. sayang nak delete ..kenangan tu .

Tambah sorang lagi


Pagi ni terima suprise lagi .. berita baik sebenarnya ..akak bakal terima sorang lagi anak sedara tahun depan ... so jadi 3 la . Adik ke 7 pregnant 5 bulan , adik ipar 3 bulan dan latest adik no.2 pulak pregant .. kali ni anak ke 5 dia .. tahniah korang , produktif betul anak menantu tok som ni ... nak potong kak long korang ni ke ? ... kita tengok sapa boleh lebih dari 5 .

Monday, August 30, 2010

Salam 31 Ogos

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53
Bersyukur atas apa yang ada sekarang .
Betul ke kita sudah merdeka ?

Cantik Itu Kamu Contest 4 you

Cantik Itu Kamu Contest 4 you

Harap sangat belum terlewat bagi kami untuk join this interesting contest . Terjumpa contest ni pun last minute .. excited nak join jugak sebab akak rasa gambar favourite akak ni cantik .

Inilah gambar yang kami pertaruhkan :

********
****
**
*
*

akak bersama rakan - rakan sekerja .

Kami memang suka bergambar .. habis je event , sure kami akan ambik gambar bersama ... bila semua dah pakai cantik-cantik , baju cantik , tudung cantik , kasut cantik , mekap pun cantik .... apa lagi berposing sakan la cikgi-cikgi ni . Bagi akak , semua rakan - rakan akak ni cantik - cantik belaka .. berapa banyak cantik daaa ... :)

Syarat-syarat penyertaan :

Follow blog mawarpink- done
letak banner kat sidebar - done
buat tajuk cantik itu kamu contest for you - done
link banner ke blog owner - done

Jom pakat join contest ni.
click here

Tarikh tutup : 31 Ogos 2010 ( 11.59 p.m )

Berbuka adik - beradik

Semalam akak dan family ke Bandar Baru Bangi untuk berbuka bersama adik-adik & cousins ... kalau ikutkan badan memang akak tak larat sangat sebab dah letih dengan exam dua hari berturut - turut , mata pun dah merah . Balik dari exam , ingatkan nak tido , malangnya harapan musnah bila baby hakim pulak ajak main .. yang lain kat rumah ni semua dah zzzzzzzz tido sampai 5.30 ptg ... tinggal la akak dengan Hakim .

Sampai BBB lebih kurang pukul 7.00 p.m .... tak tolong banyak pun kat dapur ... nak bersembang pun not in the mood ... moodnya nak lelapkan mata je .. nak rehatkan badan ni yang dah sakit-sakit. Rasa macam nak demam je .

Seronok bila berbuka ramai-ramai ... main dishnya ketam masak kari.. depa order dekat kedai mamak mana tah ... abang misai makan tak toleh kiri kanan .

Muka kanak-kanak ribena .. macam dekat CC la pulak , khas untuk kanak-kanak bawah umur .. dengan muka letih berpuasa pun ada ...dengan si Haikal yang demam semalam .

Ini la ketam masak kari yang menjadi pujaan malam semalam .. kak yan ambik seketul dua je .. mengingat diri tentang operasi mengaru jika ambik banyak-banyak .

Ini akak suka .. siakap masak sweet sour tapi tak leh nak ambik banyak-banyak la pulak ..ada 2 ekor je .

Collage


Gambar - gambar for the next entry banyak yang akan akak kolajkan dulu ... kalau tak , nanti berat dan lambat pulak nak masuk sini .... gambar yg akak ambik banyak so akak guna picasa je ... senang dan cepat .

Gambar yg akak ambik tak bagus sangat .. teringin sangat join kursus photography tapi budget tak mengizinkan .. banyak lagi benda yang lebih penting ... so akak cuma cedok ilmu fotografi ni dari online tutorial je .. tapi kalau blajar sendiri lagi senang nak faham .

Friday, August 27, 2010

Majlis Khatam Al-Quran

Alhamdulillah majlis Khatam Al- Quran sempena Nuzul Quran berlangsung dengan lancar pagi tadi . Kak Una terlibat sama ..syukur dia dah 3 kali khatam . Nisha baru sekali ... kak una dah mampu conduct tadarus bila ustaz minta dia ke depan dewan . Kesian jugak dengan kakak ... lately banyak sangat tekanan , nampak sangat kakak penat ... selalu jugak kakak tak sihat ..UPSR dah makin dekat ... harapan ayah sangat tinggi pada kakak ... mak je yg boleh handle dengan peel ayah tu ... Biasa la kan anak-anak kalau nak mengadu , emak la tempatnya .

Dapat ke tidak 5A , mak tak kisah sangat .. kalau kakak dah berusaha insyaallah mungkin ada la rezekinya nanti ... mak pun percaya , kalau mak ikhlas dalam mendidik anak orang lain untuk berjaya , lambat laun Allah akan bagi rezeki pada anak mak juga . Banyak lagi perkara lain yang boleh mak banggakan dengan anak- anak mak . Moga kak Una berjaya dunia dan akhirat .

Thursday, August 26, 2010

Nasi Daging

Hari ni my nana requested nak makan nasi daging ....kalau ikutkan hati memang malas nak masak ... sebab bila masak..masa habis di dapur saja ... ingat dalam 2 hari ni nak study for the coming exam ... tapi tak sampai hati punya pasal , akak masak jugak la . Sorang demi sorang anak komen..sedap la mak ..si Haikal siap cakap " esok mak masak nasi ni lagi ya ".. tak boleh la sayang , nanti cepat jemu ..sekali sekala boleh la .

Daging tu kami cicah dengan air asam ni ....parit buntar style ... buat satu mangkuk besar ... siap cedokkan sorang satu mangkuk kecik supaya senang nak cicah ... licin semua ... seronok bila tengok depa makan habis . Abang misai tak cakap sedap pun tapi bila dia bertambah dan makan beria-ria tu akak sendiri faham la kan .

Tuesday, August 24, 2010

Bulan Patriotisme 2010

Hari ni akak ambil gambar aktiviti sempena Bulan Patriotisme ... ada pertandingan pakaian tradisonal dan mewarna Tahap 1 ..tidak lupa saringan pertandingan karaoke lagu-lagu patriotik.

Di SKPT2 memang terdapat pelbagai kaum ... memang 1 Malaysia + anak-anak Indon pun banyak .. dari kaum Melayu , India , Bidayuh , Iban , Kadazan dan kaum orang asli pun ada .

Cute faces , 1 Malaysia

Monday, August 23, 2010

Blank

Jumaat lepas akak exam ... entah sebab apa masa mula masuk dewan , akak blank terus sebaik saja tengok soalan .. dekat 1/2 jam tak tau nak jawab apa walhal akak dah study .... rasa macam nak nangis tapi malu la nangis kat situ ... sebelum masuk dewan peperiksaan tu akak solat zohor dulu ..sempat mohon doa agar dipermudahkan segalanya ... malang tak berbau kan .. nasib baik ingatan kembali pulih lepas tu ... dapat jawab hingga habis . Alhamdulillah ... harap2 minggu depan tak berlaku lagi incident ni ... ada lagi 2 papers .

Tak tau nak cerita apa lagi ... blank jugak ni ..so tepek gambar latest baby hakim ... sekarang ni dia suka sgt buat mulut muncung bila akak pegang camera ... seksi la tu konon .

Friday, August 20, 2010

minggu ExAm

gambar pinjam En.Google je

Minggu exam sekarang ni ..petang ni ada satu paper ..next weekend lagi 2 papers ... tension siot jugak exam tima posa ni ... bukan tak study tapi rasanya separuh je yang masuk ... yg lain tu entah ke mana ... moga dipermudahkan segalanya . Ini adalah satu cabaran di bulan berkat .

Tak dapat berblogging buat masa ni ... boleh intai2 je ... jiwa memberontak ni nak shopping raya tapi apakan daya kena tengok priority dulu ... UPSR pun dah makin dekat .. cikgu pun kena makin ligat lipat gandakan usaha .. sama naik dengan students ... cikgu yg stress ... diaorang relax je .... termasuk la ada dara kat rumah ni sorang ... kalau tak diketuk tak jalan ... tapi berangan nak masuk boarding school .

stop sini dulu ..sambung study pulak .


Monday, August 16, 2010

Gorgeous Baby In Kemeja @ Dress

Gorgeous Baby In Kemeja @ Dress Contest
by
http://mamapapaaqish.blogspot.com/2010/08/gorgeous-baby-in-shirt-skirt.html

contest bermula dari 3hb Ogos 2010 sehingga 03hb September 2010

Para penaja hadiah yang menarik

********
***
*
*
*


http://syilasyira.blogspot.com/

Kenapa suka blog mama_Aqish ?

Akak mula kenal blog mama_ Aqish ni melalui blog list kawan - kawan ... selalunya macam tu la kan ? bila kita blogwalking .. kita akan termasuk ke blog rakan blogger yang lain ... KaU tErCiPtA uNtUkKu is a very nice blog with beautiful layout .. suka tengok gambar-gambar si cilik Balqis yang comei dan pandai bergaya . Insyaallah akan selalu menjengah ke sini sebab dah masuk ke blog list akak .

Untuk Contest ini , inilah baby in shirt kami , Si Sarip Dol , samseng kampung pisang :)

********
***
*
*
*
Nama baby : Ahmad Hakim Ali bin Jamal Ali
D.O.B : 16 Dis 2009
Umur : 8 bulan

Sunday, August 15, 2010

Cerita makan lagi

Entry kali ni kisah tentang menu berbuka semalam...seperti biasa , menu simple je .Gulai ikan masin + nenas kegemaran abang misai ..licin sebelum sahur lagi ...sikit sgt ikan masin yg dia beli . Then , ikan bawal yg digoreng panas2 sebelum berbuka ...dicicah dengan kicap + cili padi+ bawang . Menu ketiga sambal kerang yang pada awalnya nak dimakan dengan nasi lemak . Abang misai beli kelapa sebenarnya untuk buat nasi lemak ... akak salah faham .. so termasak la gulai ikan masin tu . Last2 ..cancel nasi lemak .

Sekarang ni tengah study for the coming exam ....exam dalam bulan puasa ... susah skit nak study dgn perut yang kosong . Apapun akak akan buat yg terbaik .

Saturday, August 14, 2010

Goodbye ..till we meet again


Hari-hari terakhir dengan bos ke 6 sepanjang akak mengajar di SKPT2 . GB kami akan bertukar ke sekolah baru setelah berkhidmat hanya setahun 8 bulan di sekolah kami . Agak menyedihkan sebab bos ni amat bagus ...dan banyak perubahan telah dilakukan beliau dan masih banyak dalam perancangan beliau untuk sekolah kami . Apakan daya , kita semua hanya menuruh perintah . Patah tumbuh hilang berganti .

Alhamdulillah sepanjang di sekolah ni , akak takde masalah dengan pentadbir , dari dulu hinggalah sekarang . Kalau kita tak buat masalah , orang pun takkan cari masalah dengan kita ... betul tak ? Isnin ni kami akan dapat dapat GB baru ... seorang wanita ... selalunya orang pompuan ni cerewet sikit ... termasuk la pompuan si penulis blog ni .. :)

Apapun akak akan tetap jadi diri akak .... insyaallah akan boleh cope dengan semua GB .

Friday, August 13, 2010

Kisah cucur udang

Di hari ketiga berpuasa baru berkesempatan snap gambar menu berbuka ... actually menu kami tak hebat mana pun ..ala kadar je .... yang pastinya semua licin menjelang sahur . Tak nak membazir . Hari ni abang misai request nak makan ikan siakap sweet sour ... siakapnya sekor je tapi cukup besar untuk kami berenam . Tambah sikit dengan sotong goreng kunyit dan cucur udang ...kuih favourite ketika Ramadhan .

Bila masak cucur udang ni terkenang nostalgia lama ... masa sekolah dulu , kami susah ..so untuk cari duit poket , akak dan adik-adik akan ikut makndak atau makteh berniaga di pasar malam sekitar Kedah dan SPU ... bila Ramadhan makndak & makteh akan berniaga lauk pauk dan cucur udang ... sebab tu la akak boleh dikatakan expert la bab cucur udang ni dan selalu akan licin dibedal abang misai dan anak-anak .

Bila kami tolong makndak & makteh berniaga time cuti sekolah , kami akan dapat upah ... bukan itu saja makndak selalu beli macam-macam untuk kami ... selalunya kain baju la .

Terima kasih makndak dan makteh ... banyak jasa depa pada kami adik beradik .. hanya tuhan dapat membalasnya ...sejak kawin ni dah jarang jumpa diaorang ... doa kami makndak , pakndak & makteh dan pak teh akan sihat selalu . Jumpa lagi raya nanti ... ada something for both of my favourite aunties ni.

Wednesday, August 11, 2010

"Cuties Stripes n Line Contest"

"Cuties Stripes n Line Contest"

DueDate : 15 Ogos 2010

*** ni dia gambar baby belang - belang yang kami pertaruhkan ***

*******
**
*
*
*
Baby's name : Ahmad Hakim Ali
Age : 8 months

Jom pakat join contest rakan blogger kita ...click sini

Contest "Saya Sayang Adik" anjuran Mama IlahFazilah

Contest "Saya Sayang Adik" anjuran Mama Ilah Fazilah

21 Julai - 11 Ogos 2010

Last minute nampak contest ni di salah satu blog yang akak follow . Rasanya masih belum terlewat walaupun di saat - saat akhir .

Gambar yang kami pertaruhkan di saat - saat akhir ini

*******
***
*
*
*
Nama abang : Ahmad Haikal Ali ( 6 tahun )
Nama adik : Ahmad Hakim Ali ( 8 bulan )

Abang Haikal sangat sayangkan adik Hakim walaupun adakalanya dia jeles jugak dengan adik ... maklumlah dah 6 tahun baru dapat adik . Sejak dia abang Haikal ada adik dia lebih matang ... dah pandai berdikari ...suka menolong mak di rumah . Abang Haikal suka layan adik Hakim ... kalau boleh dia nak uruskan adik Hakim ..tapi abang Haikal masih tak cukup besar ... dukung adik pun mak masih tak kasi ... tu pun abang Haikal selalu curi-curi dukung adik .

Gambar di atas ni diambil ketika abang Haikal cuba nak tidokan adik Hakim ... konon - konon nak bedong la tu macam mak selalu buat . Adik Hakim pun dah banyak mengikut aksi abang Haikal yang active ni ... lepas ni double penat la mak korang ni melayan kerenah dua Ali yang mak sayang sangat .

Untuk kengkawan yang nak join sama click sini

Good luck semua . Menang atau tidak belakang kira ...yang penting nak support kawan-kawan blogger . Lepas raya ni akak pun cadang nak buat satu contest jugak . tungguuuuuu

Tuesday, August 10, 2010

salam Ramadhan

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua yang selalu singgah ke blog akak . Maaf dipohon jika ada terkasar bahasa , terguris hati sepanjang akak ber-blogging ni .

Monday, August 9, 2010

Rombongan Cik Kiah

Hari ni kami cikgu-cikgu SKPT2 mengadakan lawatan ke salah satu sekolah berprestasi tinggi di Malaysia ( SPT ) iaitu SK Bukit Damansara . Rombongan Cik Kiah ni bertolak dari sekolah sebaik saja loceng akhir berdering ...akak tak berani nak drive ke sana .. nasib baik cikgu Azman sudi jadi driver dan kawan-kawan lain pun pakat tumpang sekali .

Memang terlalu besar bezanya SKPT2 dan SKBD ... paling ketara dari segi students la kan ... students sana semua dari golongan elit , majoriti anak - anak VIP.... tentu la everything pun serba lengkap .

Banyak idea yang boleh dicedok dari lawatan kami kali ni ... terima kasih atas layanan yang cukup baik yang kami terima .

* for more pictures jemput la ke http://skpt2.blogspot.com

Thursday, August 5, 2010

Baru terasa nak buat

Dah anak lima baru lah berjaya menghadirkan diri ke klinik untuk ujian pap smear ... apa punya orang la ... kak yan rasa bukan kak yan sorang macam ni ... suka bertangguh ... memang tau ujian ini penting tapi still ambik mudah ..dan bertanguh tahun demi tahun .. tup2 dah 14 tahun kawin still tak penah buat sekalipun .

Semalam lepas sekolah kak yan ke klinik untuk ujian ni ... nyaris-nyaris nak cancel dek kerana mengantuk sangat time tu ... ajak ameen temankan ke klinik .. takut terlelap time driving . Bukannya sakit pun ..takut je lebih ...kalau dah lepas 5 kali beranak yang berkali-kali ganda sakitnya ...setakat ujian ni takde apa pun ... so kawan-kawan yang belum lagi buat ujian pap smear ni ... jom la pakat2 buat ... demi kebaikan kita jugak.

Monday, August 2, 2010

my 2 superheroes


kata keja banyak .. tapi sempat pulak meng-edit gambar ... bila bosan ni la keja yang kak yan suka buat ... bukannya pro pun ..saja suka-suka . Haikal suka sangat kalau gambar dia diedit .... dan dia cukup jeles bila mak asyik edit gambar baby Hakim je .

Baby Hakim dah makin lasak ... asyik round satu rumah cari benda-benda yang boleh dicapai..semalam habis sehelai kertas ujian murid dicariknya masuk dalam mulut ... dah robek kertas budak tu ... nasib baik dah bagi mark .... gelak budak-budak dalam kelas bila kak yan cerita incident Hakim makan test paper .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails