Tuesday, November 30, 2010

Kami menang lagi ..syukran



Hakim menang lagi ..kali ni dalam contest " Muncung Paling Menawan Si Kecil" ..result dah keluar lama dah .. mak Hakim ni busy tahap gaban sampai tak perasan anak dia dah menang 1st prize kategori boys . terima kasih kepada pihak penganjur contest :

http://arisyanaziq.blogspot.com

* ni yang buat mak bersemangat nak join contest lagi

Hakim memang suka buat mulut muncung ( 8-9 months ) but now dah susah sikit.

Monday, November 29, 2010

Rezeki Hakim menang tempat ke 3



Alhamdulillah ada juga rezeki baby Hakim kali ni . Kami jarang sekali menang .. so excited la sikit . Terima kasih kepada pengajur contest ni juga penaja - penaja hadiah .

Sunday, November 28, 2010

Mak busy ... Anak-anak sibuk

Nov 28 ( Thursday )
Mak depa busy ...depa pun sibuk ... sibuk buat apa ? sibuk buat bising la..apa lagi . Semalam akak pulun siapkan proposal . Pagi esok dah nak kena hantar . Harap boleh dapat A untuk assignment yang ni ... tadi saja check result assignment yang dah submit sebelum ni ... macam tak pecaya ja bila akak tengok result bagi subjek English Phonetics & Phonology .... boleh dapat A you .... rupanya I was on the right track sebab assignment tu lah akak rasa paling mencabar sejak akak sambung blajar ni ... bukan senang nak faham semua simbol2 dan bunyinya tu ... blajar bebulan pun belum tentu boleh expert .


Tak sampai hati nak marah bila depa berdua ni buat bising .. at least abang Haikal tolong jagakan adik masa mak busy . Depa pun boring duduk dalam rumah je . Nanti lepas mak submit proposal tu kita pegi playground ya . Korang main la puas - pusa . Kami ni belum tentu dapat balik kampung sebab cuti abang misai beku ... entah bila nak cair pun akak tak pasti . Waaaaaaaaaa mau nangis la ini macam kalu .

Perngorbanan demi pergorbanan

Masuk sini buat entry kejap ... rehatkan minda ..seharian mengadap pc menyiapkan proposal yang masih tak siap-siap lagi ... tinggal sikit je lagi , akak kalau boleh nak dapatkan A for the assignments ... mencabar sungguh semester ni bagi student tua macam akak ni .... semua subject susah ... Mesti ada yang cakap .."tu la muda-muda tak nak blajar , dah tua baru terhegeh-hegeh nak ambik degree " ... bukan tak nak , sejak kawin lagi akak dah buat permohonan pada abg misai untuk further study .. tapi tak penah dapat lampu hijau , semuanya sebab anak-anak yang masih kecil ... 2008 baru dia bagi green light ... bayangkan lah berapa lama akak terpaksa memendam perasaan , gaduh pun penah pasal hal ni . Tu tak masuk tahun-tahun yang akak rugi sebab keja awal selepas habis SPM untuk bagi laluan pada adik-adik . Kami anak-anak yatim , mak tak mampu nak tanggung semua hanya dengan keja kilang , so sebagai anak sulung , banyak pengorbanan yang akak kena buat demi family kami .

Itu semua cerita lama , Alhamdulillah 4 anak mak dah ada degree ... adik akak tengah buat master .. adik bongsu akak pulak bakal sambung study lepas ni ... tok som dah boleh duduk goyang kaki kat rumah ... boleh jalan sana sini ... kalau dulu mak kayuh basikal pi sana sini .. sekarang ni boleh naik flight pi oversea .

Korang rasa mampu tak akak buat master lepas ni ? ... umur dah 37 , hajat di hati memang nak terus sambung ..... tapi kesian pulak dekat anak-anak dan my abang misai ... these 2 years , rumah agak tunggang langggang , semuanya serba serabut sikit sebab mak depa sibuk belajar ... rasanya nak biar anak besar sikit ... spending more time with them , baru la sambung balik .

* family comes first .

Char Kuey Teow ... versi Abang Misai


Selalu jugak akak buat entry kami makan CKT.. kali ni akak nak share resepinya pulak ..resepi cara kami .. yang abang misai blajar dari kawan dia . Kalau kita beli sos CKT yang ada di pasaran tu , sebotol kecik dah RM5.00 . Kalau buat sendiri kecik je modalnya dan boleh ulang makan berkali-kali ... even anak-anak dara kak yan pun dah pandai goreng CKT . Akak tak pandai bab-bab nak kasi resepi ni tapi cuba jugak la ... harap korang boleh faham .

Untuk kuah cilinya : ( dikisar sekali )
* cili kering dalam 2 gengam
* bawang besar - dalam 2 biji
Blender lagi sekali :
* bawang besar - 2 biji lagi
* bawang putih satu labu

1. Tumis cili yg diblender dengan bwang besar sampai masak .
2. Then masukkan bawang bawang besar+bawang putih yang diblender tadi.
3. Siap .... kuah cili ni boleh simpan dalam tupperware.

Bahan untuk Kuah kicap :
Belacan dalam 1/2 inci or less
Kicap pekat - 1/2 cawan
Kicap biasa - 1/2 cawan
Sos Tiram - dalam 2 sudu or lebih
Air - 2 cawan ( 2 kali ganda jumlah kicap )
minyak

1. Tumis minyak sikit je .
2. Masukkan belacan hingga hancur ( sekejap je )
3. Masukkan kicap dan sos tiram
4. Masak hingga mendidih

CARA MENUMIS CKT :
1. Tumis sedikit bawang putih - 2 ulas
2. Masukkan udang - ikut suka nak berapa ekor
3. Masukkan kuah cili - 1 senduk kecil
4. Masukkan kueh teow dalam segengam
5. Masukkan telur sebiji
6. Masukkan kucai & togeh
7. Masukkan kuah kicap - satu 1/2 senduk kecil
8. Goreng sampai masak .
9. Hidang ... makan panas - panas

gambar pinjam En.Google

* kami selalu guna senduk macam ni untuk sukatan .
* guna kuey teow yang lembut & nipis untuk hasil yang terbaik.
* Selamat Mencuba ... sekali makan .. sure nak lagi

Saturday, November 27, 2010

Waktu kritikal ... tension

Senyap sekejap sehari 2 ni untuk beri perhatian penuh pada proposal yang akak kena submit lusa ... banyak lagi nak ditokok tambah ... tension nak bermain dengan struktur ayat ni .... sudah hampir ketandusan ideas ... otak dah mahu pecah .

* biru mata hitamku

Friday, November 26, 2010

Menu tak jemu CKT

Dua hari ni ber CKT je keja kami ... budak-budak ni pun tak tau jemu makan CKT . Tapi akak goreng tak sedap ... nak kena abang misai jugak goreng baru la rasa macam gerai punya .

Anak-anak sedara masih kat sini ... semalam depa kurang aktif sikit tapi hari ni punya la membingit bersekali dengan anak-anak akak ... mak depa nak lelap kejap pun susah ... tok ketuanya , tak lain tak bukan si Haikal la . Marah pun tak jalan ... dah la mak depa ni tengah tension nak menyiapkan assignment .. nak submit esok . Suruh main dalam rumah , pun susah .. main kat luar pun susah ... naik basikal kat koridor tadi dah langgar pasu bunga kat rumah jiran ... apa lagi mak depa pun naik angin la . Kalau jaga 5 anak pun akak dah menyinga ... inikan pulak 8 orang .

Malam ni tok som balik kampung ... adik akak hantar .. sekali dengan anak-anak dia akan ditinggal di kampung . Haikal pun dah siap baju dalam bag.... sorry ya Haikal , kita balik minggu depan ya ..... kalau kat sini pun mak tak leh control ko , inikan pulak kat kampung ... ko nak bagi Tok Som semput ke ?

Thursday, November 25, 2010

Dating dengan kuda lagi

Semalam mak akak datang sini ... actually tok som dah lama datang KL tapi dia ke rumah adik akak di BB Bangi dulu ... then , Khamis hingga Ahad lepas depa pi makan angin ke Terengganu . pastu tok som tolong baby sit anak-anak adik 2/3 hari ni . So bila tok som mai sini , anak-anak sedara ni pun dipos ke sini jugak la . 3 orang je .. sorang lagi masih kecik .. maklong busy ..tak boleh nak tolong jagakan .

Ni anak adik akak yang sulung ... Adam namanya .. yang ke dua Idris ... ke 3 Aisyatin dan yang bongsu Muhd Nuh . Mak diaorang ni tengah pregnant ... akak tak kisah depa mai duduk sini time cuti ... takde kacau akak buat keja pun , cuma bising sikit la ... adatkan budak-budak ... anak-anak akak pun suka la ada kawan nak main .

Kali ni baby Hakim pun naik kuda jugak . Muka tension je .. takut kot .

Pakcik keta kuda ni friendly ... Rajin layan budak-budak ni sembang .... sampai 3 round budak-budak ni naik kali ni .

Kami kat sana lebih kurang 2 jam ... maklong tak boleh lama ... banyak lagi keja menanti kat rumah . Esok korang duduk rumah je la ya .. Maklong nak pulun siapkan assignment .

Tuesday, November 23, 2010

Selagi tak siap

Kesian anak-anak ... Kesian lagi mak depa ni . Selagi tak siap proposal ni , selagi tu la jiwa tak tenang .. selagi tu la tak seronok bercuti ... banyak lagi yang perlu akak tokok tambah . Semoga segalanya dipermudahkannya . Anak - anak pun faham mak depa sibuk mengadap pc . Harap korang tak banyak buat hal 2/3 hari ni . Bagi la mak sikit ruang untuk siapkan assignment ni .. lepas siap nanti , kita keluar ronda-ronda makan angin .

Meja study yang serabut .. seserabut otak tuannya . Dalam akak dok pulun siapkan assignments ni , ada juga member yang belum start lagi pun ... macam mana la depa buat dalam masa yang begitu singkat? Akak tak boleh la buat macam tu ... bakal sakit jiwa kalau akak buat keja last minute .

Monday, November 22, 2010

Hitam & Putih .. apa bezanya ? .. cuma warna

Lagi gambar anak -anak yang kami ambik di TT 2 hari lepas ... pegi sana pun dah pukul 11 lebih . Cuaca makin panas ... mood anak-anak pun tak berapa elok sebab hangat ... so tak banyak la lokasi yang kami pegi ... lain kali kena keluar awal sikit .. tapi kalau awal sangat , ramai orang berjogging , malu pulak nak berposing .. maklum la mak depa ni bukannya photographer amatur pun ..setakat boleh - boleh saja .

Kak Una ni senang sikit kalau nak minta berposing ... nak masuk fb katanya .

Nisha pulak sebaliknya .. susah sikit nak minta bergambar ... ada ke dia boleh cakap " Nisha tak lawa , nanti gambar tak cantik " ... Nisha , lawa ke tidak itu bukan urusan kita , kalau cakap macam tu , maknanya kita tak bersyukur dengan apa yang Allah beri pada kita ... cuba tengok nasib orang lain yang dilahirkan cacat .. dengan muka tak lengkap .. kita patutnya bersyukur , kita masih ada mata ..ada hidung walaupun kembang sikit ... ko tengok idung mak ni.. bukannya mancung pun ... mak dulu pun bukannya cerah ... cuma bila gemuk ni kulit menegang .. tu yang cerah sikit .... apa pun mak tetap sayang anak -anak mak ..tak kira hitam ke putih ke...coklat ke.... Yang penting hati biar putih bersih ... kalau cantik tapi perangai tak cantik pun tak guna jugak kan .

Kan cantik gambar kalau senyum ... ini tak asyik masam je ... camera pun tak suka dengan orang masam .

Baby Hakim ni memang suka masam .. muka serius je .. kalau orang dia tak kenal ..dia takkan senyum ..dengan kerut di dahi tu .. macam penuh seribu masalah ... yang ni memang ikut kerut mak dia . Ngandung dia dulu asyik berkerut dahi .. banyak keja .. dengan sekolah , study dan macam - macam lagi .

Tahun depan Meen dah kena pakai tudung ... dah kena ajar dari sekarang , kalau tak liat tudung nak lekat di kepala ... kakak-kakak dia , alhamdulillah , nak turun ke kedai bawah pun capai tudung dulu . Tapi tak nak la tegas sangat dengan dia .. selagi belum period ... masih ada kelonggaran bagi dia . Anak-anak ni tudung pun nak yang mahal je .. sejak mak belikan Ariani untuk diaorang , dah tak nak pakai tudung lain ... tapi mak beli Ariani plain je ye untuk korang ... ayah pun sponser jugak untuk bagi support anak-anak dara dia pakai tudung .

**** My bundle of joy ***

Melawat kuda di TT

Monday Nov 22 .
Dah asyik sebut sangat nak keluar ...so hari ni mak bawak la juga korang keluar walaupun mak korang ni busy . Tapi kami pi tak jauh ... ke Tasik Titiwangsa belakang rumah je . Sibuk sangat nak naik kuda . Korang tak jemu ke ... tiap-tiap kali cuti sekolah mesti nak naik kuda .


Kuda ni pun kenal muka korang ... dah takde muka lain ke ? Pelawat setia dia .

Tunjuk skill tapi penakut sebenarnya .

Hero ni yang paling excited . Kalau boleh nak 10 round ... kering la poket mak korang ni .

Makcik tembam pu nak tumpang bergambar sekaki ..sejak cuti sekolah ni makin tembam jadinya .. mana taknya ..asyik makan tidur ...makan tidur .

All in one

Pagi yang cerah ... mood yang baik pagi-pagi ni . Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan olehnya ... lately , idea datang di waktu pagi ..so tanpa berlengah akak continue dengan assignment . Sambil-sambil tu basuh kain ... bukan akak yg basuh .. mesin yang tolong . Lauk masak 1 0r 2 jenis je ... asalkan ada 1 yang berkuah .. cukup la bagi kami . Anak-anak ni bab makan tak banyak songeh .. apa yang yang boleh masuk perut .. semua depa bedal . Rumah .. minta tolong akak-anak kemaskan .. tapi selalunya mak depa tak puas hati ... kalau menyapu tu macam ambik syarat je..bukannya depa nak godek habis bawah kerusi or meja .. in the end , mak depa jugak la yang kena sapu sekali lagi .

Baby Hakim pagi - pagi lagi dah exercise ... dengan muka yang belum mandi ... sejak baik demam ni , dia makin lasak ... makin kuat makan . Hati mak pun senang tengok busyuk mak ni kembali aktif .

Hari ni cadangnya nak bawak anak-anak keluar ... tapi kena tengok mood dulu . Kalau korang buat perangai .. cancellllll .

View malam semalam ... ada event kat dalam ni so dapat la tengok fireworks semalam ... baby Hakim tenganga tengok bunga api . Akak tak pandai ambik gambar fireworks .. asyik tak menjadi je ... kena menuntut ilmu dulu , baru gambar cantik .

Sunday, November 21, 2010

1 more to go

Dalam busy tu sempat jugak buat entry untuk hari ni .

ANAK-ANAK

Memang dah boring tahap gaban ... kalau akak jadi depa akak pun akan boring giler .. duduk terperap dalam rumah sehari suntuk .. mak depa dok sibuk mengadap PC . Rumah pun dah mula bersepah depa dok bawak keluaq itu ini .. bukannya reti nak simpan balik .. tu yang buat mak depa jadi tarzan . Tarzan misai pun kekadang melaung jugak ... tapi budak2 ni mana ada gerun pun . Kejap je depa diam ..pastu buat bising balik .

AKAK

Alhamdulillah 2 assignments dah selesai ... tinggal 1 lagi .... the proposal ... banyak nak kena fikir ni. Otak pun dah hampir jam . Malam ni nak rest minda kejap ...esok pagi sambung balik. Cadang nak gi jumpa tutor penyelia sekali lagi before akak submit this proposal .. nak tunjuk progress akak ... hari tu dah ok ..dia banyak guide akak .

Thanks to my dear hubby ... sgt memahami yg akak sedang busy ... jangan banyak songeh ya sayang ... bini awak tengah stress ni . Akak still masak for the family walaupun masa akak banyak dihabiskan di depan PC . Kain baju tetap akak basuh .. rumah tetap akak kemas .. cuma bila dah ramai ni .. kemasnya sekejap je la .. pastu budak2 ni buat sepah balik . Kain baju atas katil tu biar la dulu ya ... lipat hari ni ..esok membukit balik .

Apa pun akak still have strong instrumental motivation to cope with this situation .

Saturday, November 20, 2010

Bila mak mengamuk

ANAK-ANAK

Bini tarzan mula memekik . Mak Singa mula mengaum .. incredible hulk pun dah berkali jadi hijau , nasib baik baju tak koyak .... satu hari tak sah kalau tak angin dengan perangai budak-budak ni ... tapi marah mak ... marah-marah sayang je .. kalau tak marah , kalau tak tegur .. nanti lagi haru jadinya ..dengan rumah yang sempit ni ... mana lagi budak-budak ni nak main ... pi mai pi mai tang tu la jugak . Sepatutnya cikgu sekolah ni seronok cuti tapi bila dah jadi fulltime housewife ni terbalik la pulak jadinya .. rela ku ke sekolah dari 24 duduk di rumah .

AKAK

Still busy dengan assignment ... waaaaa ... nak cuti , nak pi makan angin ... nak rehat . Pagi tadi sempat pi K4 beli barang dapur ... banyak jugak akak borong barang untuk penuhkan perut time cuti ni .. mau naik berkilo-kilo lepas ni . OK stop sini dulu .. nak sambung keja .

Friday, November 19, 2010

Boring

KAMI

Hari ni akak cadang nak bawa anak-anak keluar ... kesian depa dok terperap kat rumah je .
Pagi tadi emak depa dah jadi tarzan ... geram dengan diaorang ni ..ada je yang dibuat yang buat mak depa naik angin . ... malas nak drive .. anak-anak ni dalam keta pun tak tau duduk diam . Tengok la nanti mood macam mana .. kalau mood mak baik , kita keluar , kalau tak duduk la korang dalam rumah .

AKAK

Nak sambung assignment kedua hari ni ... biar cepat siap .. hati pun senang kalau dah submit .. boleh nak bercuti dengan aman sikit . Cakap pasal assignment ni , ada sorang rakan sekelas ni , Puan ' X '.. asyik call mengganggu akak nak tanya itu ini tentang assignment ... kelas malas nak pegi .. pastu asyik menyusahkan orang .. kita bukan tutor part time you , nak kena explain pulak apa yang lecturer bagi dalam kelas ... tension siot sampai akak malas nak jawab her calls . Lantak la .. bagi betis nak peha ... dulu memang akak selalu layan tapi macam dah ambik kesempatan la pulak bila kita selalu tolong ... nampak sangat orang tu malas ... nak cari bahan pun malas .. asyik cakap " tak tau la I " .." mana you dapat lah ?" ..sekarang ni zaman IT cik kak oi ... bahan bercambah sana-sini ...antara hendak dengan tak je . Tak kan nak surf internet pun nak kena ajar ... kreatif la sikit .. takkan semua benda nak orang suap je . Pastu takde give and take langsung ... asyik nak take je . Senang cakap bagitau je la " I ni sebenarnya malas ".

Yang hairannya tak pulak dia nak call lecturer kalau tak faham .. bukan takde no hp lecturer ... akak jugak jadi mangsa . Orang lain pun ada minta tolong juga tak hati akak tak sebengkak ni ..sebab diaorang tak ler mengganggu akak siang malam . Jangan pulak member lain terasa ye..akak cuma geram dengan si 'X' ni saja . Korang tak termasuk dalam list . Akak pun selalu minta tolong korang kalau tak faham .. terutama adik Aisyah yang banyak guide akak , student tua ni ..

Apapun hendak seribu daya .. tak nak seribu dalih .... if there is a will there is a way.

Cuti yang serupa cuti

AKAK

Hari ni masa dihabiskan dengan mengadap PC je ... menyiapkan assignment " English Phonetics & Phonology " ... bagi akak inilah assignment yang paling sukar sejak akak sambung belajar . Rasa lega sangat bila dah siap . Esok nak pos ke lecturer . Tinggal lagi 2 ... "Psycholinguistics in Language Teaching " & proposal .. dua-duanya dah 1/2 way done . Target nak siapkan 1 minggu ni dan the other one next week .. hopefully dipermudahkan segalanya . Exam starts on 13th Dis .... malasnya nak study .. rasa macam nak gi holiday je .

ANAK-ANAK

Mula dok merungut ... " Jom la kita pi jalan mana-mana " ... ayah pun banyak keja so permintaan tak dilayan buat masa ni ... tunggu mak dan ayah free sikit , then kita pi jalan-jalan ..makan angin . Kesian anak-anak mak .. boring la duduk rumah seharian mengadap fb je keja diaorang . Tok Som dah sampai KL tapi belum sempat ke rumah kami ... adik akak dah bawak dia pi makan angin di Terengganu for 3 days . Petang tadi mak teh & family mai rumah .. siap bawak mee kuah lagi ... bukannya tuan rumah jamu tetamu tetapi tetamu pulak yang jamu tuan rumah ... love my mak teh ... she's a good cook .

Gambar aktiviti beraya semalam ... baby Hakim & maksu Rehan ..adik bongsu akak .. now she's staying with us .. baru lepas habis belajar dan sekarang bekerja di *******

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha kami

Aidiladha disambut sangat sederhana di KL ... tahun ni kami takberpeluang balik kampung sebab abang misai hanya cuti sehari saja . Tak sampai hati nak tinggalkan dia di KL ...lagi pun adik bongsu akak pun tak cuti panjang . Pagi-pagi abang misai dan anak-anak ke masjid tunaikan solat sunat Aidiladha .. tinggal la akak dan baby Hakim kat rumah ...

Baby Hakim setia menunggu ayah dan abang pulang dari masjid .

Petang tadi kami pegi beraya ke Bukit Jalil ... rumah cousin akak . Mak teh sekeluarga pun datang dari Penang ... anak-anak dia berkumpul di sana . Sekurang-kurangnya merasa la jugak kami beraya today ... kalau tak melepak di rumah je la jawabnya .

Abang Haikal & adik Hakim ... my 2 heroes yang makin noty .

Semua sayang sangat dengan adik ... tak dapat akak bayangkan kalau Kak Una dapat sekolah asrama .. sure kami akan rindu dia ... kami ni tak penah berpisah lama dengan anak-anak .

Nisha pakai baju mak dia ... sebenarnya baju ni baru je dapat dari tailor ... malangnya akak pakai nampak ketat sikit .. wal hal baju contoh sama je saiz dengan yang 3 pasang lagi yang akak tempah pada tailor yang tu . Mulanya akak nak let go murah2 pada cikgu2 yang berkenan tapi Nisha dah kebas dulu . Lepas ni kalau ada baju yg dah tak muat bagi je kat dia . Baru darjah 5 dia ni tapi dah muat baju mak ayah ... sekolah menengah nanti entah-entah dah tak muat baju kami .

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha


Dari kami sekeluarga ... kali ni kami sambut di KL sebab abang misai hanya bercuti satu hari je . Esok petang mak akak akan datang ke KL dengan adik akak . Dapat juga kami berkumpul adik beradik di Aidladha ini .

dan daripada maksu Rehan yang dah jadi part of our family now.

Monday, November 15, 2010

Menanti Cuti

ANAK-ANAK

Depa dok seronok nak bercuti panjang ...mak depa pulak sure pening kepala melayan perangai depa sorang-sorang 24 jam sehari .. nanti akan kedengaran la suara mak tarzan ni sepanjang cuti sekolah . Kami belum plan lagi nak buat apa time cuti sekolah ni ... tapi for surenya kami akan balik kampung . Raya Haji kami tak sempat nak balik sebab abang misai hanya cuti sehari je . Tak sabar rasanya nak balik tengok rumah kami di kampung .


PINK ku dah arwah

External hard disk yang akak panggil PINK telah jadi arwah Sabtu lepas ... entah tak semena-mena hilang semua ... tengah buat keja tetiba hilang begitu je ... mungkin virus kot .. memang takde jatuh pun . Terkilan dan sedih sangat sebab banyak gambar dalam tu ... cadangnya cuti sekolah ni la nak masukkan ke dalam Cd semua gambar-gambar tapi belum sempat nak buat ...dia dah KO dulu . Nasib baik gambar aktiviti sekolah masih ada pada cikgu2 yang copy dari akak untuk buat laporan ... nasib baik juga koleksi gambar baby Hakim ada akak copy dalam PC ... kalau tak menangis tak berlagu la jawabnya ... pink tu selalu akak cucuk sana sini .. tu yang masuk virus kot . Moral of the story ... backup semua maklumat penting & gambar2 tu ... masuk CD .. jangan lengah-lengah ye cikgu Yanti . Nak buat macam mana benda dah nak jadi .

AKAK

Tengah busy giler dengan assignment ... selagi tak siap selagi tu la jiwa tak tenteram ... lagi setahun penyiksaan student tua akan berakhir . Esok hari terakhir persekolahan 2010 ... pastu kami akan bercuti panjang la jugak . Nama je cuti tapi akak tak cuti mana pun ... dengan nak exam la lagi . Tapi lapang la sikit daripada hari-hari biasa ... itupun kalau anak-anak tak buat hal . 4 orang cikgu di sekolah akak dapat bertukar tahun depan ... kesian jugak to those yang gagal . Dapat bayangkan kalau akak di tempat diaorang .. sehari pun tak sanggup berpisah dengan cik abang ... ini kan pulak bertahun .

* entry kali ni tanpa gambar ... nanti lapang akak upload.

Sunday, November 14, 2010

Family Day

Saturday November 13
Minggu yang amat memenatkan ... dengan kuliah di sebelah pagi ... petangnya ke K Club untuk join family day sekolah... balik rumah dalam pukul 11.00 ... terus switch on pc sambung siapkan draft proposal ... tutor penyelia nak tengok esok pagi .... tapi mata dah letih sangat ... esok nak bagun subuh2 sambung semula .... ini lah life as a student tua .

Anak - anak la yang paling suka bila dapat masuk air ... happy tak ingat apa dah . Ada pertandingan kutip gula-gula dalam air .

Malamnya kami ada dinner .... Majlis selesai 11 malam ... badan punya la penat ... bukan apa .. penat melayan kerenah anak-anak .

Tak dapat nak menulis lebih panjang ... banyak keja lain nak dibuat ... assignments betul-betul buat hidup akak a bit serabut lately .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails