Wednesday, December 15, 2010

Kami ok ka ?


HAKIM

Alhamdulillah semua Ok ..takde yang serius . Kami baru je balik dari hospital .. sejam je kami kat sana . Doktor kata benjol tu tak bahaya .. just monitor je ada surut ke tak .. kalau tak surut jugak dalam 2 minggu or kalau dia sakit , kami kena bawa Hakim ke hospital semula . So dapat la akak study dengan hati yang lapang . Esok Hakim's first birthday ... tak decide lagi nak celebrate di mana & macam mana ... mungkin buat simple2 je cara kami .. takpun keluar makan kat luar .

AKAK

Sibuk semula dengan study untuk exam hari Jumaat nanti . Then paper is on Sunday . Sejak belajar ni akak rasa stress sikit ... banyak benda yang teratur ... sebelum ada baby , tak ler serabut macam sekarang sebab takde orang nak merap .

Melencong ke crite lain pulak ... Sejak lahirkan Hakim akak ada cuba pakai pantyliner herba . Kawan yang suggest ... Kerap juga guna tapi tak ler pakai hari2 ... dan 2/3 bulan ni period akak dah jadi tak menentu ... sejak kawin period datang consistent je tapi sekarang boleh lewat sampai 2 minggu dan bila datang ... tempohnya sampai 2 minggu . Sejak bulan lepas akak dah stop pakai pantyliner tu ... nak tengok macam mana period lepas ni . Kalau tak ok jugak .. nak kena pi klinik wat check up la jawabnya . Sebelum bulan puasa haritu akak dah buat ujian pap smear & resultnya ok . Harap2 everything will be ok .

ANAK-ANAK

Pagi ni ada orang sudah kena rotan dengan mak dia sebab pagi2 dah start gaduh & buat bising . Bukak TV macam orang pekak .. volume boleh dengar sampai ke blok sebelah ... Mak nak study pun tak tenang . Warning tak jalan , so bila mak cakap tak jalan .. mak akan cakap dengan rotan je . Baru tau duduk diam .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails