Wednesday, December 15, 2010
Kenapa ekk ?
Kenapa ye ? sejak dua menjak ni terasa bengap sikit ... ayat pun dah tunggang terbalik .. dah tak pandai nak reka cerita ... rasa macam tak pandai nak menulis dengan ayat yang sedap dibaca . Dah banyak wayar dah putus ke ? ... errrrrr mintak dijauhkan . Kalau dulu semangat nak study punya la tinggi walaupun akak tau akak ni tak sehebat mana .
Ya Allah kembalikan semangatku yang dulu . Mana peginya Cikgu Yanti yang selalu think positive ? ... mana peginya Cikgu Yanti yang selalu kata boleh pada dirinya ? Mungkin sebab beban keja dah makin bertambah ... tu yang buat mood dah down . Bukan keja sekolah je ... keja rumah pun ... rumah dah macam stor , bila dah ramai di ruang yang sempit , dah tak tau mana nak susun & letak barang-barang . Tak tau dah macam mana nak kemas lagi . Kalau dulu rajin nak mendeko walaupun sempit sana sini . Langsir di ruang tamu ni dah 3 tahun tak berganti ... dulu every year tukar langsir & setiap kali raya mesti nak cat dalam rumah ..
Rasanya sejak akak study ni masa akak untuk urusan rumah & keja2 sekolah agak terhad tapi so far keja sekolah akak masih belum terjejas banyak . Tak sabar rasanya nak habiskan study . Sebab akak nak sambung semula apa yang akak suka buat sebelum ni . Akak nak dalami ilmu photography semula ... akak nak continue blajar edit gambar ... akak nak mendeko rumah sempit ni semula . Akak nak selalu outing dengan anak-anak . Nak buat keja2 keras tangan yang sgt akak suka . Nak lebihkan tumpuan pada anak2 orang di sekolah . Akak nak jadi Cikgu Yanti yang kreatif ..cikgu yang produktif macam dulu .
Harap orang-orang disekeliling akak memahami ... bagi masa sikit je lagi untuk akak kejar cita-cita akak ni dulu . Kepada pentadbir sekolah ... terima kasih kerana amat memahami situasi student tua macam akak . Insyaallah Cikgu Yanti tetap cikgu Yanti yang dulu cuma cikgu Yanti kekadang penat je sikit tu yang keja tak effisyen macam dulu . Lepas ni semua akan dapat cikgu Yanti yang dulu . Satu tahun je lagi .
Labels:
cerita aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam
bila kita belajar mmg menuntut byk pengorbanan... byk2 bersabar ye kak...
selamat maju jaya (^__^) ~
saya baca life akak memang penat..saya salute gila kat akak , boleh study lagi dengan bekerja, n handle 5 orang anak..itu bukan kerja mudah..saya yang muda lagi ni( muda ker heheh) bila sebut nak smabung lagi study pk beratus2 kali..ayah saya ada suh sambung lagi sampai master.tapi memang tak sanggup nak memikirkan...saya kagum bila akak bersemangat tinggi..caiyok caiyok,,,akak boleh buat!!!
wahh~ ceq tabik ngan akak dapat belajar dlm masa yg sama mengajar..gudluk kak! all the best! ;D
Thanks semua for the supports.
Insyaallah berkat kesabaran dan ketekunan,akan membuahkan hasil yang manis lumayan.
Mudah-mudahan Allah akan permudahkan semua urusan.
Post a Comment