Kurang sikit mood nak raya kali ni bila abang misai bagi tau dia tak dapat balik beraya di kampung dengan kami .... kami akan balik dengan maklang Pidah ( adik akak ) . Abang misai hanya akan balik selepas pukul 12tgh hari raya pertama , entah pukul berapa dia akan sampai ke kampung dan pukul berapa pulak kami akan bergerak ke rumah MIL ....dan cuti dia pun tak lama ... mungkin raya ke 3 dah kena balik ke KL semula .Nak buat macam mana kena redha je la .... dah tugas dia . Sejak kami kawin , ni la 1st time dia tak dapat bersama kami di pagi Syawal , so akak tak boleh la nak merungut bagai sebab ada lagi orang yang lebih tak bernasib baik dari kami .
Dek kerana sebab ni jugak la kami nyaris-nyaris bertikam lidah ... alhamdulillah akak dapat control diri ... so akak pun beralah dan ikut je plan abang misai untuk raya kali ni . Bagi akak " kadang2 mengalah tu bukannya bererti kita kalah " tapi kita tetap menang di satu sudut yang lain .. walaupun hati sedikit terluka .
Dah lebih seminggu akak cuti puasa ni ... rasanya akan melarat ke 10 @ 11 days ... jenuh la nak ganti nanti ...Cik P lama sungguh bertandang kali ni setelah sebulan tak tunjukkan diri . Bila dah dapat cuti ni , idak pulak orang itu suruh masak itu dan ini ... dia pulak yang malas nak pi beli barang2 basah untuk akak masak ... asyik tapau di PARAM je . Makin bersenang-lenang la bini awak ni buat taik mata lepas balik sekolah . Memang tahap mengantuk lebih sikit di bulan puasa ni . Bangun awal nak masak untuk sahur ... semua nak makan yang panas2... dah siap cuma kejutkan depa je termasuk la baby tua tu . Walaupun tak puasa akak tetap kena bangun awal ....tu yang qada balik tido selepas balik sekolah ... kalau tak akak boleh jadi mereng .
ok .. stop sini dulu .. nak pegi membasuh kain baju yang dah penuh dalam besen tu.
No comments:
Post a Comment