Thursday, August 18, 2011
Ubat mengantuk
Mood berblogging tak menentu ... kadang rasa bersemangat , kadang dikuasai penyakit M . Minggu ni ada ujian di sekolah ... so rehat la sikit dari bercakap banyak ...tapi mengantuk sungguh ... kalau duduk dalam kelas tak buat apa2 maunya boleh terlelap . Nak menanda buku pun , tak sampai 3 buah pandangan dah kabur .. apa yang akak buat untuk hilangkan mengantuk ni ? akak melukis dan mengayam tikar untuk buat BBM Pend.Seni ... sempat siapkan anyaman kelarai bunga durian & kelarai kepala lalat . Mula2 mengayam tu rasa nak termuntah sebab nak kena mengira dan akak buat silap a few times , tapi bila nampak motifnya , hati rasa puas . Tak dapat nak tunjuk gambar sbb akak tak bawak kamera ke sekolah . Nanti kalau rajin akak snap gambar ayaman tu.
Ini antara hasil yang budak2 buat untuk ujian PSV Isnin lepas ... sayangnya kami takde bilik seni dan kelas kami juga berkongsi dengan sekolah lagi satu ... kalau buat hiasan dalam kelas , maunya esok hilang or pecah .
Labels:
study and school
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment