Yang tak bestnya , pagi raya akak jadi ibu tunggal kejap sebab abang misai diwajibkan beraya di tempat keja ... semua staf tak boleh balik raya . Dia hanya balik hantar kami dan pulang semula ke KL hari Ahad sebelum raya tu . Petang raya di bertolak balik semula ke kampung ... pagi raya ke 3 , dia bertolak ke KL semula .. sebab hari Khamis ada majlis penting ... jumaat petang patah balik semula ke kampung untuk ambik kami .. dalam masa seminggu ni 4 kali abang misai berulang alik dengan bas dari kampung ke KL . Apa nak buat demi tugas .. akak risau setiap kali dia naik bas .. hati tak senang selagi dia tak sampai ke destinasi .
Anak-anak melaram dengan baju raya .. tema kali ni biru turquiose .
Mak budak jugak tak ketinggalan melaram tapi kurang seri sikit sebab mood dibawa lari ke KL .
Tudung tu pemberian Cha ... sesuai benar dengan baju baru akak ni ... matching dengan kain kotak-kotak tu . tengok la betapa sehatnya akak korang ni ..selera makan makin menjadi-jadi . Dah jadi tanker dah pun ... tunggu masa je nak kena tegur dengan abang misai . Malas betul la nak diet & exercise kali ni .
Akim agak meragam raya kali ni ... sekejap je dia pakai baju melayu ni ... tak sampai pukul 11 dah nangis nak buka baju ... panas ... tinggal diaper je . Nanti kami sambung lagi cerita & gambar-gambar raya .
4 comments:
salam yanti..selamat hari raya aidil fitri...maaf zahir & batin.dah habih beraya ker?
Selamat hari Raya juga atie .. KL ni raya baru nak bermula
Wah...! Cantiknya rumah hang...
Sama cantik ngan tuannya, hik hik
Anak dare pon dah beso2 blake tu
ok je kita tgk kakYanti, masih manis senyuman mu itu. sesuaila size utk yg dah berkahwin dan beranak 5 kak, nak handle anak2, rmh tgga, kerja. kurus sgt pun tak boleh go. lagi cpt letih. rasa nak patah tulang2.
Post a Comment