Anniversary kami yang ke15 berlalu dengan ala kadar je .. seperti yang akak tulis dalam entry sebelum ni , takdenya candlelight dinner dan takdenya hadiah mewah2 . Bukan setakat tahun ni tapi dari dulu lagi abg misai tak pernah beli hadiah mahal2 . Kalau ada pun hanya beli bunga ikut jumlah tahun dan bawak makan2 .
Tapi semalam kami ada jugak keluar berdua ... lepas anak-anak tido kami merempit ke Kampung Baru . Sebelum tu dah bagitau anak2 dara tu yang mak & ayah nak keluar berdua malam ni dan depa faham dan sanggup jaga adik . Alhamdulillah rumah kami takde la bahaya sangat kalau nak tinggalkan anak2 . Sebelah blok ni ada salah satu pintu masuk ke Pulapol ni , so ada la polis jaga 24 jam . Cuma yg nak risau pun kalau Akim melalak je , so kami tunggu dia tido dulu baru keluar . Rasa macam anak dara & teruna curi2 keluar la pulak . Merempit naik moto , menikmati keindahan KL waktu malam . Naik keta tak best , tak boleh pelok2 .
Abang misai bawak akak makan steak di Kpg Baru ... best jugak bila makan berdua , rasa macam zaman bercinta dulu tapi kali ni sembangnya tak rancak la sebab dah abis modal . Lepas makan kami ke Chow Kit , akak mesti beli dorian dulu sebelum balik . Bedal D24 dua packets . Then kami balik sebab kesian pulak ke abang misai , lately dia penat sangat .. siang di padang kawad , malam pun kadang2 kena kerja jugak . Main badminton tiap2 petang mesti wajib ... tak sampai hati nak larang . kalau ikut hati nak je suruh dia duduk rumah dengan kami lepas balik keja ... tapi tu kan hobi dia , bukannya dia pegi tempat lain pun .
Sambut atau tak , akak tak kisah , dia pun tak kisah tapi yang penting mesti ingat tarikh penting ni . Mesti layan pasangan dengan baik , selayaknya yang seorang isteri/suami patut dapat . Terima kelebihan dan kekurangan masing2 . Apa yang tak baik tu tegurlah dengan elok2 . Yang penting kena banyak bersabar , jangan asyik nak cepat melenting bila ada perkara yang kita tak puas hati or tak setuju . Kena jadi pendengar yang baik . pengalaman 15 tahun ni banyak mengajar akak untuk berusaha menjadi isteri yang terbaik buat dia . Tak lupa yang satu ni ... doa padanya selalu agar hubungan ini kekal mekar hingga ke hujung nyawa .
8 comments:
Salam kenal...saya pun camtu juga...18 tahun kawen tapi tak takde sambut annivesary pun.. kadang2 eh dah terlepas date..he he...
zalin .. salam kenal juga . sambutan tak penting , apa yg penting hubungan yg sentiasa loving hingga akhir hayat .
Semuga bercinta sampai ke syurga,bahagia di bawah payung rahmat Ilahi.
tahniah teacher.. semoga kekal hingga ke akhir hayat.. maintain cun je teacher wlpn ank dh besa..hehe =)
alhamdulillah, moga berbahagia dan berkekalan hingga hujung nyawa
terima kasih cikgu Pinat , Fiena dan maksu .
moga kebahagiaan kak yanti ngn en jamal kita sehingga akhir hayat..insyaallah..doakan anak didik en jamal ni
Thanks Pn Noraini .. kami doakan utk puan sama
Post a Comment