Saturday, April 28, 2012

Punah Harapan Nak Balik Kampung

Banyak perkara yang berlaku hari ni .

BIRTHDAY ABG MISAI
Hari ni adalah birthday abang misai yang ke 42 ... takdenya celebrate bagai .. cukup setakat ucapan . Dia pun tak kisah .... dan dia tak suka akak membazir beli hadiah untuk dia ... saveeee duit akak .
Ucapan untuk suami tercinta : Ti doakan abang sentiasa dalam lindungannya , sihat selalu . Terima kasih atas kasih sayang yang abang bagi selama ini . I love you .

MERENTAS DESA
Boleh ke guna istilah ni dalam kawasan bandaraya KL ni ? tang mana la desanya tu ? Pagi tadi sekolah kami buat aktiviti merentas desa . Laluan kami selamat sebab budak2 masuk berlari dalam Kem Kementah (sebelah sekolah je ). Hari Isnin ni kami dapat cuti peristiwa , so kami akan bercuti hingga Selasa .. jangan jelessss . Horayyyyy

TAK JADI BALIK KAMPUNG
Horray apa kebendanya ? ... plan asal yg dah kami rancang sejak 2 minggu lepas iaitu balik kampung punah ranah .... abang misai masih lagi bercuti hingga 1 Mei , tapi dek kerana BERSIH tu , dia kena bertugas semula . Tension siot ... akak bukan marah abg misai kena duty .. itu dah keja dia . Meluat benda lain ... malas nak cerita kat sini .

MELAWAT KAK UNA
Malam ni abang misai duty semula , so petang tadi kami pi tengok kak Una kat asrama kejap . Minggu depan baru kakak boleh balik rumah . Kakak betul2 independent ... dia suka duduk hostel . Hati kental tak macam mak yang cengeng ni .

Malam ni kami duduk melepak depan tv je la jawabnya ... kalau tak kerana bersih tu , sekarang ni maybe kami tengah sibuk bersihkan homestay kami di kampung yang baru selesai di-renovate tu . geram...geram .. sabor je la .




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails