BALIK JUGAK AKHIRNYA
Kami balik jugak ke kampung selepas subuh ( Ahad ) . sampai di Parit Buntaq jam 10.30 pagi . Alhamdulillah perjalanan lancar . Kami akan stay di kampung sampai Selasa . Itupun nak kena bahagi dua antara kampung sendiri dan kampung abang misai .
SEDIH TENGOK RUMAH
Sebelum ke rumah Tok Som , kami singgah dulu homestay kami tu ... sedih tengok keadaan rumah tu . Kami cukup jaga rumah tu , tapi sejak renovation ni , habis selerak dan penuh habuk .. bukan setakat di dapur yang di tambah tu , tapi sampai ruang tamu pun dah tak macam ruang tamu . Pekerja2 tu buat ruang tamu kami tu tempat berehat depa . Sedih tau ..mentang2 la tuan rumah takde .
BALIK KE ALMA
Hari ni kami tak cuci rumah lagi ... lepas jenguk Tok som kejap .. kami terus ke Alma . Abang misai ajak attend majlis pertunangan cousin dia . Kami bermalam di rumah MIL . Balik sana akak mati kutu sikit . Entah la , dah kawin hampir 16 tahun , tapi still kekok di rumah MIL .
No comments:
Post a Comment