2 hari tak masuk kelas , ada urusan kat luar . Hari ni pasti penat semula ... tak pa lah , nak buat macam mana , dah tugas . Ramai lagi yang senasib , depa pun sama penat , sama stress macam akak .
Abang misai masih bercuti sampai 1 Mei ... sangat lega bila dia ada kat rumah . Kerja-kerja membasuh dia ambik alih ... bukan setakat kain baju , habis semua selimut dan toto dibasuhnya .. Thanks sayang . Really appreciate it .
Sabtu ni kami nak balik kampung for 4 days .... tak sabar nak balik . Rindu pada segala-galanya di kampung sana . Balik nak mengemas rumah kami ... sure banyak habuk punya . Tak sabar nak memasak di wet kitchen yang baru .
Ok .. stop sini dulu ... nak sambung buat keja . Jangan lupa datang lagi ya.
No comments:
Post a Comment