Saturday, May 19, 2012
Kawan - kawan dah masuk sem baru .. dah mula busy semula
Rasa janggal sungguh sem ni dah tak payah pegi tutorial , dah tak payah mengadap assignment . Dah tak perlu lagi study bagai nak rak ... dah tak stress tahap meroyan menghadap semua ni ... tapi ni semua tak bermakna akak dah stress free .... bila dah habis belajar ni lain pulak cerita dia ... keja sekolah makin bertambah , maklumlah , kita dah bebas dari tugas sebagai student tua .
Cuma sekarang ni ada life la sikit ... boleh nak plan banyak perkara tanpa rasa terganggu dengan kuliah dan exam . Tak sabar tunggu result terakhir keluar ... InsyaAllah kami akan konvo awal Disember nanti . Perancangan selepas itu .... tengok keadaan bah . Abang misai rasanya nak akak rehat dulu jadi student tua .... rehat selamanya atau sementara waktu akak sendiri pun tak boleh nak cakap . Semuanya tengok keadaan in future .
Apapun ... akak bersyukur sangat berjaya mengharungi segala dugaan yang mendatang sepanjang akak belajar .
Labels:
study and school
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment