Anak-anak dara tolong belitkan tudung mak depa ala-ala Najwa Latip. Dah lama sungguh akak tinggalkan pesen tudung belit2 ni . Dulu masa anak sorang ada la pakai macam ni , tapi sejak dah beranak pinak tak sempat nak melilit bagai .. semua nak cepat dan simple .
Malam semalam akak attend satu majlis di dalam kawasan tempat akak tinggal ni . 'Ladies night' ni khas untuk staf wanita dan isteri2 polis anjuran Perkep . Wajib hadir kalau tak suami kena double kawad kalau takde reason kukuh . First time akak attend majlis anjuran Perkep . Kalau ikutkan hati maunya akak duduk rumah je ... balik sekolah dah pukul 7 malam .. then, bergegas siap nak pi dinner lagi .. esok paginya akak ada in-house training ... kena bagi kursus dalaman kpd rakan sekerja ... memang sangat penat .
Penuh dewan dengan warna merah hitam ... akak pakai jubah je . Tak kuasa nak beli baju baru ... poket pun dah hampir kering menunggu gaji . Akak tak tunggu sampai ke penghujung ... kena balik nak prepare bahan untuk LDP .
>
Aktiviti wajib .... poco-poco .... tapi sangat tidak sesuai dengan jiwa akak . Abang misai pun tak berapa berkenan . Apapun akak suka join majlis semalam sebab dapat jumpa kawan2 .
No comments:
Post a Comment