terima kasih abang misai sediakan meja yg cukup besaq utk akak buat kerja .
Baru selesai buat kelas bimbingan untuk 5 orang anak murid akak yg tinggal dekat sini . FOC sebab ikhlas nak menolong ... ada yg datang tadi sangat lemah dalam BI ... dan ada yang berpotensi utk dapat A cuma nak kena polish sikit lagi .
Sekarang cikgu pulak nak pulun siapkan homework dia ... buku adab murid masih tak settle lagi ... nak kena habiskan malam ni jugak sebab nak submit ke GB esok pagi ... then , nak siapkan lesson plan utk esok pulak ... entah pukul berapa la boleh tido malam ni . harap sangat mata memberikan kerjasama .
Ingatkan bila dah habis belajar ni , maka makin banyak masa senggang , keja makin senang .... sangkaanku meleset sama sekali ... keja makin banyak , stressnya sama dengan masa belajar dulu . kerja - kerja sekolah hari2 bawak balik rumah ... dan kadang kala bawak balik buku2 tu makan angin je ... bawak ke sekolah semula tak berusik . Mana taknya , keja rumah pun banyak ... akak ni kan maid tak berbayar .. bila rumah makin besar ni , makin banyak juga la keja2 mengemas nak dibuat .
Merungut pun tak guna , buat je la selagi termampu ... buat keja banyak dan penat tu adat la .. kalau tak sanggup ambik risiko dan tak sanggup keja berat tak payah jadi cikgu la ... duduk rumah jadi suri rumah sepenuh masa ... itu pun belum tentu kerjanya kurang . betul tak ?
kerja kat mana-mana pun sama je ...
8 comments:
salam kak yanti...simpati dgn para ibu2 yg brkeje..blk umah dok ngadap anak2,masak & membasuh.
Semoga mereka dibantu oleh para suami masing2.
Rajen akak,masih sempat mengajar anak2 jiran lg..mesti penat kan...
atie... penat mmg penat tapi rasa kesian nak tolong diaorang lagi kuat , lagipun akak kenal rapat dengan mak depa ni .
moga dipermudahkan segala urusan dan mendapat ganjaran pahala kerana memberi khidmat percuma seikhlas hati pada anak2 murid itu.
thanks maksu .. moga diaorang beroleh kejayaan dalam UPSR nanti . InsyaAllah.
setuju,
surirumah lg taleh rest..
Akak..lamenya tak update blog...
Kerja memmang tak pernah habis selagi kita hidup ni kan kak... kadang2 rasa nak jadi suri rumah je.
jadi surirumah hujung minggu pun flet, apatah lagi hari2. kerja, walaupun letih tapi boleh juga menggebang dgn kawan2 masa bekerja. hihiii. pikir positif je la kak. jeles btl kita dgn member2 yg baru anak satu dah resign. baru anak 2 dah resign.huaaarghhh! struggle je la, anggap satu senaman. terapi minda bila dpt gaji hasil titik peluh sendiri.
jadi surirumah hujung minggu pun flet, apatah lagi hari2. kerja, walaupun letih tapi boleh juga menggebang dgn kawan2 masa bekerja. hihiii. pikir positif je la kak. jeles btl kita dgn member2 yg baru anak satu dah resign. baru anak 2 dah resign.huaaarghhh! struggle je la, anggap satu senaman. terapi minda bila dpt gaji hasil titik peluh sendiri.
Post a Comment