Thursday, May 23, 2013

Tersangat la sibuk

Sehari dua ni memang rasa penat sangat ... orang tak nampak apa yang kita buat .. so susah skit depa nak faham . Buka je mata kerja..kerja..kerja . Settlekan kerja-kerja sekolah dulu ... kemudian kerja rumah pulak ... pagi tadi mengemas lagi mana-mana yang patut .. lantai 1 rumah dah dimop ... budak kecik tu pun dah di-warning jangan buat sepah . Sejak dua menjak ni dia agak sensitif ... tak boleh marah sikit dah tarik muka ... anak sapa la tu .. sejibik perangai mak dia ...hahaha

Now duduk depan pc pulak nak sediakan worksheet untuk homework anak-anak orang di masa cuti sekolah . Ada 3 kelas dan yang pastinya tahun 6 akan dapat paling banyak la .

Debaran sangat terasa sekarang ... sedih nak meninggalkan anak-anak ... moga akak kuat .. moga depa berlima sentiasa dalam lindunganNYA .. terima kasih buat MIL dan adik-adik yang sanggup jaga anak-anak kami .

behave ya anak-anak semasa ketiadaan mak dan ayah ... love you all so muchhhhhhhhhh

Ok akak stop sini dulu ... kalau sempat akak masuk menulis lagi . TQ sudi singgah sini dan Terima kasih atas doa-doa kawan-kawan semua .

Tuesday, May 21, 2013

Debaran makin terasa


Assalamualaikum ,

Kekangan masa membataskan akak untuk kerap menulis .... banyak kerja nak diselesaikan ... baik kerja rumah mahupun kerja sekolah ... Alhamdulillah baru je selesai tanda kertas exam budak-budak ... rasa ringan sikit kepala ni ... nak termuntah baca jawapan ... terutama karangan yang penuh dengan grammar mistakes tu .... sampai sakit kepala akak dibuatnya asyik mengadap kertas je.

Sekarang tiba masanya pulak operasi mengemas rumah ... buat sikit-sikit ... dari bilik ke bilik ... menyental , mencuci , mengemop , mengelap , menyusun dan segala macam me- lagi lah ... tengahari pegi sekolah pulak ... masuk kelas buat lagi satu me- .... mengajar dan sekali sekala tu mengomel marahkan budak ... biasala kan cikgu pompuan ni tak boleh dipisahkan dengan pot pet pot pet ... kalau tak pot pet maka tak bergerak la budak2 ni .... sekarang mana boleh bawak rotan macam dulu ... kalau kita naik tangan , maunya esok mak bapak mai serang ... so tak de cara lain selain pot pet pot pet marahkan mereka yang degil ni . Tapi akak cuba kurangkan sikit marah-marah ni ... tak baik untuk kesihatan .. tak baik untuk hati ... hehe.

Tinggal 5 hari je lagi sebelum kami berlepas ke sana menjadi tetamuNYA ... excited tapi dalam masa yang sama sedih sebab nak meninggalkan anak - anak selama 16 hari ... paling lama akak pernah berpisah dengan anak-anak hanya 3 hari . Abang misai dah biasa tinggalkan kami kerana tugas tapi anak-anak ni tak pernah berpisah lama dengan mak depa .... harap diaorang tahan jiwa dan tak bersedih rindukan emak dan ayah . Sedih sebab diaorang tak dapat hantar kami ke airport . Bagi kami lebih baik hantar dulu anak-anak ke kampung dengan selamat , baru la hati tenang nak pergi ... lagipun abang misai tak nak menyusahkan orang lain untuk hantar anak-anak kami ke kampung ... akak ikut je plan dia . Nanti masa balik anak-anak akan jemput kami di airport . 

Hampir 90% persediaan dah lengkap ... rasanya kami dah bersedia untuk ke sana . Memang ada rasa takut sebab rasa diri ni masih belum cukup amalannya . Masih banyak dosa dengan manusia , tambah lagi dosa denganNYA .... tapi akak berdoa agar perjalanan kali ni menjadi perangsang untuk menjadi hambaNYA yang lebih baik . 

MOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI .

Monday, May 20, 2013

Hobby : FM terkini dari Istambul dan Bangkok


Koleksi terkini fm yang dibagi oleh maklang Pdah ... terima kasih daun keladi. Dia pi Istambul dan Bangkok .

keychain pun dapat .








Yang ni ada 3 ketoi ... ada yang bertukar-tukar fm ? jom tukar .

Sunday, May 19, 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Sambutan Hari Guru kali ni besederhana saja tapi tetap meriah ... dimulakan dengan ucapan dan bacaan perutusan . Kemudian bacaan ikrar , diikuti bacaan yasin dan tahlil . Kerana MMI hari guru dah tak disambut semeriah dulu ... tak best la kan , hari guru la hari yang dinanti-nanti oleh guru dan murid . 

Ada juga satu dua games untuk menceriakan hari bermakna ini .

 kaki bangku ... so faham-faham je la masuk ke tak .. hehehe

tahniah buat yang menerima anugerah tahun ni.

hadiah yang akak bawak balik untuk tahun ini ... terima kasih daun keladi anak-anakku sayang.

Friday, May 17, 2013

Tumpang gembira dengan kegembiraan mereka .

tumpang gembira dengan kegembiraan adik-adik

Assalamualaikum ,
Syukur atas segala nikmat yang Allah berikan ... syukur punya adik-adik yang cukup pemurah ... rezeki yang mereka dapat dikongsi dengan adik-beradik yang lain ... so tak hairan la kalau depa murah rezeki . Memang kawan-kawan akak pun tau yang akak sangat bangga dengan kejayaan adik-adik ... Ina dan Pdah adalah idola akak dalam bekerja ... moga Allah permudahkan segala urusan mereka . 

Minggu ni kami plan nak pi tolong depa pindah rumah ...  cuma problemnya esok ada LDP pulak kat sekolah ... nak cuba minta balik awal sikit la . 

Sukanya tengok rumah yang besar ni ... suka dengan kitchen dia ... dry dan wet kitchen ... nanti rumah kat kampung pun nak buat macam ni la . Wet kitchen dah ada . 


Kami adik beradik sentiasa ingatkan sedara kalau pegi mana-mana ... ada je buah tangan yang adik-adik bawak balik bila depa pi makan angin .. baru-baru ni adik akak , Pdah pi Bali atas urusan kerja ... balik bawak balik gambar ni untuk kami... kebetulan pulak rumah kami di KL ni kosong je dindingnya . Terima kasih maklang.



baru la berseri sikit .

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru ... hari kita

Assalamualaikum ,

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik . Hari guru kali ini cukup bermakna ... kalau sebelum ni akak dapat hadiah pakej menunaikan umrah daripada adik , semalam dapat satu lagi hadiah ... sampai je ke sekolah kerani kata GB nak jumpa sebab akak tak siapkan laporan .. cuak jugak akak sekejap . Masuk bilik GB , dia ucap tahniah sebab akak dapat Anugerah Pekhidmatan Cemerlang bagi tahun 2012 . Semalam kan akak emo sikit ... dapat berita terus nak menangis .



Syukur atas segala nikmat yang Allah bagi ... ini APC kedua akak sejak berkhidmat di sekolah tu . Kali pertama dulu akak dalam pantang melahirkan Meen ... tak merasa naik pentas ambik sijil dan cek . Insya Allah kali ni merasa la kot naik stage .



Bertuah diri dapat peluang menjadi seorang guru ... dapat mencurahkan ilmu kepada anak bangsa ... walaupun akak tau masih banyak kekurangan dalam diri , tapi akak tetap usaha semampu yang boleh supaya anak-anak didik berjaya dalam hidup mereka . 

Kenangan pahit sebagai pendidik memang ada tapi semua tu hanya tinggal kenangan . Kalau boleh akak nak ingat yang manis-manis je . Yang buruk tu jadikan pengajaran , yang baik tu jadikan panduan . Terima kasih buat guru-guru yang pernah mendidik akak dari sekolah tadika hinggalah sekarang ... terima kasih juga buat guru-guru yang memberi ilmu kepada anak-anak akak . Hanya Allah dapat membalas jasa cikgu semua . 

Terima kasih buat semua anak murid dan bekas anak murid yang masih ingat akan teacher Yanti . Teacher doakan kamu semua berjaya dalam hidup , dunia dan akhirat .


Wednesday, May 15, 2013

Harinya semakin hampir ... bersediakah aku?


Assalamualaikum,

Berbelah bagi antara nak tulis ke tak ? Dalam hati memang excited Tuhan saya yang tahu ... cuma bila bercerita nanti takut orang anggap riak la pulak . Niat nak mencatatkan kenangan indah mungkin disalah ertikan oleh orang yang membaca . Terpulang la kan ? Itu hak masing-masing ...

Kami dah mula packing barang-barang masuk bag ... baru la bersemangat sikit .. masa lapang yang ada sikit-sikit tu digunakan untuk study mana-mana yang patut untuk memudahkan urusan kami di sana nanti . Kadang akak baca buku panduan , kadang-kadang tu akak bukak youtube sambil buat kerja .. layan video2 berkaitan umrah . 


Tak tau la kenapa akak agak sensitif lately ... baik dengan kawan mahupun ahli keluarga sendiri .. semalam dah bengkak mata sebab terasa hati dengan abang misai . Senang sangat terasa hati .. even hal remeh-temeh pun boleh buat akak sentap ... sebab period ke emosi tak stabil ni ? harap perasaan ni tak melekat dalam diri . Kalau boleh tak nak susahkan hati dengan perkara-perkara negatif ... maybe sebab banyak sangat memikir lately ... maybe .





Monday, May 13, 2013

Counting the days

Assalamualaikum ,
Dah selesai menguruskan hal rumah ... barulah boleh masuk rumah sini pulak . 2 hari cuti yang penuh dengan aktiviti ... tapi masih dapat berehat di rumah bersama keluarga . Pagi semalam akak dan abang misai pi kursus umrah di Andalusia Travel & Tours di Kampung Pandan .. kami pi seawal 8 pagi ... mula pukul 9 ... time tu dah pack sangat tempat tu ... nasib baik la akak dapat duduk di tepi .. dapat la bersandar ke dinding .. yang duduk atas tangga pun ada ... sepatutnya kami pi 2 hari .. tapi hari Sabtu kena ke sekolah dan ada kenduri pula kat sini ... takpe la janji ada ilmu yang kami dapat jugak walaupun pergi sehari je semalam .

Hari ni akak rasa tak sedap badan la ... tekak ni dah mula berkahak . Sakit sekarang takpe , jangan la sakit masa nak berangkat nanti ... tinggal lagi 13 hari je lagi ... semalam kami dah mula packing barang dalam bag ... balik kursus semalam , abang misai ajak pi Mydin cari a few kelengkapan yang belum cukup ... dah ada checklist sorang satu senang la sikit .


budak kecik ni hobinya sekarang merakam aksi sendiri dengan hp mak dia .

Saturday, May 11, 2013

Hujung minggu yang padat .


Assalamualaikum , 

Selamat berhujung minggu , hujung minggu kami kali ni agak pack , tapi masih boleh berehat dan lelapkan mata di sebelah petang .... pagi tadi kami ke sekolah , ada kem bestari solat ... balik dari sekolah terus pi makan kenduri ... esok pula akak dan abang misai nak pi kursus umrah pula. Dah banyak minggu berderet-deret asyik pi sekolah je on Saturday ... penat tau tapi dah tugas . Minggu depan pun ada .. LDP . 

Syukur hari ni cuaca baik , panas je ... kalau nak keluar memang tak best la bila panas membahang ni ... kami duduk di rumah je , akak basuh kain baju yg menimbun di balkoni belakang ... ada lagi yang belum bersidai sebab tak cukup penyidai dan hangers. 


Budak kecik ni sekarang banyak buat hal dia sendiri ... mengadap laptop je memanjang , macam mak dia . Elok la tu dia renggang sikit dengan mak dan ayah ... nanti tak la terasa sangat masa kena tinggal nanti ... kejap je masa berlalu .. tinggal lagi dua minggu je sebelum kami berangkat ke sana . Tak sabar rasanya . Semalam surat permohonan ke luar negara pun dah lulus .. abang misai pun sama .. syukur Alhamdulillah . Rasa esok dah nak mula masuk barang dalam bag ... baru la tau apa yang belum cukup .. apa pun kami bersederhana saja , gunakan apa yang ada dan beli yg tak ada je . Adik-adik pun ada bagi pinjam sikit2 apa yg boleh dipinjamkan . Kami nak pi beribadat , bukan nak pi makan angin .. :)

Thursday, May 9, 2013

Cerita rojak

gambar takde kaitan ... rindu nak merempit ke kedai mamak


Salam malam Jumaat ,

Malam ni boleh la menempek depan pc sebab cuti bendera merah ... baru merancang nak turun ke surau tadi petang tapi hajat tak kesampaian .

Hati lapang sikit sebab budak-budak Tahap 2 dah start exam hari ni , so takde la sakit tekak mengajar .. hari Khamis kelas akak hampir penuh ... selepas rehat masuk kelas sampai balik ... tadi pegawai2 PPWK datang memantau sekolah kitaorang. Nasib baik la depa tak masuk tengok akak mengajar Tahun 2 .. ada seni dan BI petang tadi ... kakak sebelah meja akak kata apa nak takut bila dah siap semuanya ... memang la mengajar macam biasa ... lesson plan pun siap cuma perasaan tak selesa bila ada orang nak duduk tengok kita mengajar tetap ada walaupun dah lama mengajar .

Dah lama tak bercerita tentang anak-anak .. depa sekarang dah mula exam pertengahan tahun ... Meen dah 3 hari tak masuk kelas , dia wakil sekolah dalam pertandingan sofbol wilayah Keramat ... team perempuan sekolah kitaorang dapat tempat ke 3 ... dah hitam terbakaq kulit Meen . Nasib baik tak terpilih untuk mewakili W.Keramat ... dia dah banyak ketinggalan dlm pelajaran .. ayah dan mak dah mula risau ... Meen tak sama macam Kak Una ... takut prestasi dia jatuh kali ni .... so sekarang masa untuk dia study betul-betul . Kalau tak ok result kali ni , sorry la ayah nak bagi green light untuk join sukan next year ... bukan semua anak mak berpotensi untuk dapat 5A ... so kalau dah nampak macam ada peluang tu lebih baik gilap dari sekarang ... sukan tu , join sikit2 udah la . Kalau jenis yg boleh pergi dalam dua2 bidang mak dan ayah tak kisah ... tak nak la yang dikejar tak dapat , yang dikendong keciciran .

Kak Una start exam next week ... tahun ni dia PMR ... tinggi harapan mak ayah agar dia boleh dapat 9A . Dia pun teringin nak merasa ke boarding school ... masa UPSR dulu dah takde rezeki ... hopefully kali ni ada peluang dia . Insha Allah .

Stop sini dulu ... mata dah berat sangat , cik bantal dah memanggil-manggil .



Wednesday, May 8, 2013

Emak sentiasa di hati


Sempena Hari Ibu Ahad ni , sepanjang minggu asyik terkenangkan emak tersayang yang berada di kampung ... dah call mak semalam . Kalau akak busy or terlupa mak akan miss called ke akak . Kami adik beradik sangat rapat dengan emak .. mak adalah segala-galanya bagi kami selepas abah meninggal . Bila dah kawin , masing-masing dah punya keluarga sendiri , tinggallah emak di kampung dengan adik lelaki yang special tu . Nasib baik ada dia dan adik-adik lain yang tinggal berdekatan .

Akak dan emak punya persamaan .. masa muda - muda muka akak banyak ke arwah abah ... tapi bila makin berumur ni ada iras-iras emak la pulak . Senyum kami sama kan ? emak tetap manis walaupun semakin dimamah usia . Moga emak akan sentiasa dalam lindunganNYA dan sihat selalu .

Sayang emak forever .

* TQ adik Ann buatkan header yang cantik ni untuk cover fb kak ti  .

Dunia Seni Visual : Topeng



Jom tengok gambar topeng bertemakan haiwan dan buah-buahan pula . Sesuai dijadikan contoh untuk P&P Dunia Seni Visual Tahun 2 . Gambar-gambar ni akak ambil masa kursus DSV dulu . Senang untuk akak buat rujukan nanti . Semua topeng ni peserta kursus yang buat .











cantik kan yang ni ?


Abang Mood dah balik .



a few days back

..... now ....


......... anak-anak pun .......


..... yang baca statement di atas ......





jangan marahhhhhhhh


Tuesday, May 7, 2013

Lebih baik diam dari terus mengumpul dosa .


Masih banyak kelemahan diri ... 
jadi rasanya lebih baik diam saja 
dan perbaiki diri dulu 
daripada mengungkit kelemahan orang lain . 

Monday, May 6, 2013

........................




Assalamualaikum ,

Selamat kembali ke rutin biasa ... tak cuti la pulak today ... nasib baik sekolah sesi petang . Takde mood nak buat apa pun . Walaupun dalam rumah ni riuh rendah dengan suara anak-anak tapi dalam hati tetap terasa sunyi .

* tak kisah la kalau ada yg nak muntah hijo dengan statement di atas .

Sunday, May 5, 2013

Warna - warni dunia seni : Resis

Resis ... aktiviti seni menggambar . Dihasilkan menggunakan warna air dan lakarannya menggunakan lilin . Akak lukis guna krayon terus .

 hasil yang seberapa jika dibanding dengan pelukis batik profesional .



Yang ni sesuai untuk aktiviti resis Tahun 2


ini juga ... sesuai untuk pengenalan ajar resis untuk murid tahun 2


* gambar-gambar yang akak hasilkan semasa akak kursus KSSR Dunia Seni Visual pada tahun 2011. 

Warna-Warni Dunia Seni : Topeng Durian


Assalamualaikum , 
Hari ni terlebih rajin nak upload semula aktiviti seni yang pernah akak buat sebelum ni . Memang dah pernah buat entry ni dulu cuma bila tengok balik gambar tak keluar , masa tu akak letak gambar guna url daripada fb je ... so kali ni line tenet dah laju dan dapat la akak upload terus dari pc ... sayang sebab aktiviti - aktiviti ni bukan selalu akak dapat buat .. macam buat topeng durian ni ... sebab nak dapat markah tinggi untuk assignment , akak punya pulun buat yg terbaik .. Alhamdulillah meme tinggi la markah yg akak dapat time tu . Gambar-gambar ni juga sebagai panduan akak in future ... juga untuk rujukan orang lain juga .. moga ia dapat membantu . Jangan cilok gambar akak sudah la ya . 


Bermula dengan proses menyiapkan acuan ... tengok berapa banyak tangan ada ... anak-anak pun sibuk nak tolong mak depa. Kemudian akak blender tisu dan buat gam sendiri ... 


buat kon kecik-kecik ... dan tampal pada topeng ... memerlukan kesabaran yang tinggi .

hampir siap dia punya duri ... masa ni duri masih tak keras sebab belum tepek tisu yg diblender . Lepas akak tepek tisu tu dengan gam dan keringkan .. ia jadi keras ... macam duri durian betul . sakit kalau terkena kulit .



Ini dah hampir 95% siap ... lupa .. sangat keras dan boleh tahan lama .. tapi dah hantar ke lecturer la . Kena buat lain kalau nak simpan untuk koleksi sendiri ... dan akak dibelenggu penyakit M untuk tujuan itu . Lain kali lah .

Saturday, May 4, 2013

DSV Tahun 2 : Tembikar



Hari Kamis lepas aktiviti DSV kami adalah membuat tembikar daripada tanah liat ... menggunakan teknik lingkaran . Alhamdulillah objektif PnP hari tu tercapai bila semua murid tahun 2 dapat hasilkan tembikar dengan teknik yang diajar . 

Akak ambik gambar sorang-sorang sebagai bukti ... nanti akak nak print bersekali dengan aktiviti2 membentuk dan membuat binaan yang lain dan masukkan dalam fail evidens diaorang . Kalau boleh akak tak nak simpan hasil kerja diaorang ni .. bagi diaorang bawak balik , lagipun plastesin tu diaorang beli guna duit sendiri . Akak hanya bekalkan sorang sikit warna lain supaya tembikar diaorang colourful sikit .

boys ni kalau boleh semua nak cepat siap ... bukannya tak kreatif tapi malas nak buat dengan teliti .


ni yang dihasilkan oleh murid perempuan ... ok la kan bagi murid 8 tahun , lagipun diaorang ni kurang expose pada aktiviti2 macam ni .


Minggu depan kami akan buat gasing pulak .... maka selesailah 11 aktiviti yang diaorang patut belajar bagi tahun 2 ... so lepas ni boleh ulang teknik yang sama dengan aktiviti dan tajuk yang lain . 

* gambar diambil dengan hp je , so kualiti pun biasa-biasa je

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails