Thursday, June 13, 2013
Banyak yang nak dikongsi bersama .
Dah 4 hari di bumi Malaysia ... hari Selasa akak hanya tidur je sepanjang hari ... mata macam berat nak bukak ... badan jangan cakap la letih tak terkata .. sampai kena tegur dengan cik abang sebab tak bersembang dengan MIL ... nak sembang pun takde mood la abang . Hari Rabu badan masih tak tak bertenaga ... so akak pun pi klinik ambik sehari lagi cuti . Alhamdulillah petang tu dah rasa segar sikit .
So hari ni ( Khamis ) akak dah ke sekolah semula ... rasa blank la sikit sebab dah lama tinggalkan papan hitam ... selama 2 minggu ni masa banyak di masjid ... so takde la ingat anak-anak murid or else ... akak memang banyak berdoa untuk anak-anak didik akak tu di tempat-tempat yang mustajab doanya . Moga mereka cemerlang dunia dan akhirat .. moga depa terang hati dan berubah sikap untuk lebih berusaha .... mana la tau doa cikgu depa yang satu ini dimakbulkan tuhan .
Semasa di Mesir , Madinah akak banyak menulis tentang apa yang akak buat di sana ... macam diari travelog umrah akak la konon .. cuma bila dah sampai Mekah aktiviti menulis terhenti sebab masa lebih banyak difokuskan kepada aktiviti beribadat ... dan badan pun sangat penat so minda malas berfikir untuk menulis . Nanti kalau nak cerita kena recall balik la .
Berat badan akak susut hampir 10 kg ... ( ikut penimbang akak la ) .. rasa seronok la ... tapi yang tak bestnya bila dah sampai rumah selera makan naik mencanak-canak ... semua teringin nak makan dan asyik rasa lapar je ... maunya naik balik dalam seminggu dua ni .. so akak decide nak start puasa next week .. skrg ni akak masih cuti .
Sebut tentang cuti a.k.a cik P ... akak rasa sangat bersyukur sebab cik P akak tak datang semasa akak di Mekah or Madinah ... tapi sebaik saja on the way back to Malaysia ..cik P akak datang ... syukur la akak dapat beribadat tanpa gangguan .. semasa di sana ada juga kawan sebilik yang tak dapat peluang melihat kaabah dari jarak dekat sebab cik P dia datang sehari sebelum nak ke Mekah dan tak berhenti sampai la kami balik ke Malaysia ... sangat bersimpati dengan nasib kakak itu ... maybe ada hikmah disebalik apa yang berlaku .. DIA yang maha mengetahui .. kalau terjadi sebegitu kita mesti redha dengan ketentuanNYA .Kalau akak di tempat dia , akak pun sure sedih juga tapi benda kan nak jadi so siapa la kita untuk menghalangnya .
Akak akan tulis catatan percutian akak di Egypt dan umrah akak ... hanya sebagai kenangan dan panduan kawan-kawan lain yang ingin ke sana ... tiada niat lain tau .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment