Bag kami saja dah penuh satu kereta.
9.55 malam kami berlepas ke Mesir dengan penerbangan Egypt Air ... transit selama lebih 1 jam di Bangkok .
Bagusnya bila pergi dengan pakej Andalusia ni tak perlu nak angkat bag yang berat-berat ni , semua depa uruskan . Kami hanya bawa handcarry je .
Naik bas ... ingatkan nak terus ke hotel untuk bersihkan diri .. rupa-rupanya kami terus dibawa melawat the Tomb of ex-president Al Sadad and the tomb of the unknown soldiers . Walaupun masing-masing kepenatan dan tak selesa sebab tak mandi tapi masih boleh ceria lagi sebab excited dapat melawat tempat orang .
Abang misaiku lah orang yang paling gembira .. first time dia ke negara orang ... 1st time night flight .. sampai dia tak tidur sangat ..ansyik -asyik menjenguk ke luar tingkap . Selepas seketika di sini kami dibawa ke ke Masjid Al-Jabar untuk menunaikan solat Zohor .
Kemudian kami ke Masjid Imam Syafi'i.
Makam Imam Syafi'i .. dalam ni terdapat kertas - kertas yang dilemparkan oleh pengunjung untuk tujuan menyampaikan niat ... jangan ditiru ya ... kurafat tu . Hanya pada Allah tempat kita memohon .
Di satu sudut terdapat kesan tapak kaki yang difahamkan adalah kesan tapak kaki Rasulullah yang dibawa Imam Syafi'i dari Madiah .. Wallahhualam
Kami check in di Hotel Mercure Le Sphinx pada jam 4.00 petang .. masing-masing dah over exhausted . Petang dan malam tu kami hanya berehat di bilik . Dari bilik kami boleh nampak piramid . Malam ni kami diberikan dinner box je .. makanan di sini kurang memenuhi selera akak tapi bedal je la sebab perlukan tenaga .. yang susahnya my FIL .. tak boleh masuk langsung ke tekak dia .. dia makan sikit sangat , asyik dok sebut sambal belacan tok Minah .. kita kalau masuk kandang kambing kena la mengembik , time ni la kita nak cuba masakan orang lain . Susah jugak jadi orang yg memilih bab makanan ni kan .
Bilik yang agak selesa untuk 3 orang .. akak , makteh dan sorang lagi teman ( Kak Ina ) .. sepanjang perjalanan kali ini akak terpisah dengan abang misai sebab makteh dan my FIL bukan mahram ..so tak boleh la duduk sebilik ... huhuhu dekat tapi jauh dengan my hubby tu ... takpe la akak redha je .. lagipun bukannya lama 2 minggu je .
Masing-masing tidur lena malam ni sebab badan dah terlampau penat .. tak sabar menanti keesokan hari untuk terus explore kota Egypt .... kota bersejarah ... paling tak sabar nak tengok piramid dari dekat .
* stop sini dulu .. to be continue .. harap korang takkan jemu la dengan entry2 akak yang akan datang sebab banyak lagi akak nak coretkan tentang vacation kami dan pengalaman umrah kami.
No comments:
Post a Comment