Sunday, June 16, 2013

Ziarah Egypt Part 2 : The Pyramids of Giza



Hari ke 3 ( Selasa ) 28 Mei 2013

Subuh di Cairo adalah seawal 3.30 pagi ... so semua pakat bangun awal la ... pukul 4 dah terang benderang ... breakfast jam 6.30 pagi . Pagi ni kami terpaksa tukar bilik sebab lampu alarm dalam bilik yang kami duduk semalam asyik menyala je .. bilik baru ni lebih dekat dengan lobby . 7.30 pagi bas dah menunggu di luar hotel .. 7.40 kami bertolak ke lokasi pertama lawatan hari ni iaitu Piramid Agung Giza .


Terdapat 3 piramid besar di sini .. kami hanya turun untuk melawat piramid yang terbesar iaitu Piramid Agung kufu yang dipercayai dibina sebagai makam bagi Firaun Kufu . Sangat terpegun pertama kali melihat piramid di depan mata .. tak dapat dibayangkan dek akal bagaimana ia dibina .



Nak masuk ke kawasan piramid terbesar kena beli tiket ... semua diuruskan oleh tourist guide kami bernama Aiman . Sebelum masuk ke kawasan ni dia dah berpesan kepada kami supaya berhati-hati dengan peniaga-peniaga di sini ... bukan setakat peniaga bahkan semua orang di sana ... jangan mempercayai mereka sebab mereka ni pakar putar belit dan silap langkah sikit kita yang akan menerima padahnya . 



Di kawasan ini kena berhati-hati kalau nak ambil gambar ... kalau kita ambil gambar unta diaorang , diaorang akan kejar kita untuk minta duit ... kalau kita tak bagi diaorang akan marah-marah sambil berkata " haram!..haram! " . Salah sorang jemaah kami dah terkena dan kehilangan 400 Egyptian pound or lebih kurang RM250 duit kita hanya kerana kes tolong ambil gambar je .



terpesona .. kami tak singgah sini cuma ambil gambar dari dalam bas je . 


Akak paksa abang misai naik unta di kawasan panorama view ni sebab akak sendiri tak sanggup nak naik sebab ada masalah lutut. Bila lagi nak merasa bergambar di atas unta berlatar belakangkan piramid . 40 EP @ lebih kurang RM30+ duit kita .




Di kawasan piramid ni jangan la sekali - kali kita minta warga sini untuk snapkan gambar untuk kita ... menempah maut namanya tu . Kalau kita suruh diaorang , kita akan dicharge semasa kita nak dapatkan semula kamera kita tu daripada tangan diaorang . Kalau tak bagi dalam jumlah yg diaorang , maka tak dapat balik la kamera or hp kita tu . Sungguh ganas dan menakutkan orang-orang di sini .


Sekali seumur hidup dapat bergambar berlatar belakangkan  piramid di panorama view . Di sini boleh dilihat ketiga-tiga piramid yang sangat cantik . Di kawasan panorama view ada lebih banyak penjaja cuma di sini takde paksaan untuk membeli tapi masih perlu berhati-hati sebab mereka tetap pakar dalam putar belit . Akak cuma beli a few fridge magnets sebagai kenangan .

 
banyak souveviners yang ada di sini ada simbul kepala sphynx tu .. so bukan pilihan akak la ... prefer yang ada gambar piramid je .

Abang misai sangat teruja bila dapat menjejakkan kaki ke sini . Dia jenis orang yang cintakan sejarah .. sangat sesuai untuk melawat tempat-tempat macam ni .


Tak dapat nak ambik feel bergambar sepuas-puasnya di sini sebab diselubungi rasa takut je ... jangan sekali-kali bergerak berseorangan .. ikut la dalam kumpulan sebab susah sikit diorang nak approach kalau kita dalam group .


Pengalaman menyaksikan piramid di depan mata akan terus kekal diingatan ... rasanya takkan ada peluang lagi hendak ke sini sebab jika ada rezeki pun kami akan melawat tempat-tempat lain pula in future . Itulah impian yang disimpan jika dipanjangkan umur , ingin melawat tempat-tempat orang bila dah pencen nanti . Berdua dengan my abang misai .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails