Thursday, June 27, 2013

Kamu tetap juara di hati kami

 

Jumaat lepas akak dapat jugak ikut Meen ke Jitra untuk bagi sokongan buat dia dan rakan-rakan dalam Pertandingan Pesta Pantun peringkat kebangsaan . Memang debarannya cukup kuat kerana persediaan kami amat terhad ... dapat berlatih hanya sehari je dengan jurulatih pakar pantun . 


Kami menginap di Darul Aman Suite ... cukup selesa dan makan di situ pun sedap .. memenuhi selera akak dan budak-budak ni. Sampai je di sana kami terus sambung berlatih hingga lewat malam . 

Memang la rezeki anak-anak ni  ... walaupun dengan ilmu yang sangat terhad , mereka masih mampu ke pusingan suku akhir . Pemantun KL ni berjaya menewaskan pasukan daripada negeri Sabah dan Labuan dalam pusingan awal ... malangnya kami tewas di pusingan suku akhir kepada pasukan Perak yang dah memang cukup profesional dalam berpantun  .

Kontijen daripada 16 buah negeri dan Wilayah Persekutuan diarak masuk ke dewan . Pertandingan peringkat awal hingga ke semi final berlangsung di SK Bandar Darul Aman , manakala pertandingan akhir diadakan di dewan Institut Aminudin Baki , Jitra. 

antara gambar semasa pertandingan berlangsung yang sempat akak snap.


Meen bersama rakan seperjuangan dan guru pengiring mereka .

Johan pertandingan Pesta Pantun Sekolah rendah peringkat kebangsaan yang julung-julung kali diadakan ini adalah pemantun dari negeri Kedah , naib johan dari negeri Pulau Pinang . Tempat ke3 dikongsi bersama oleh pemantun dari negeri Perak dan Pahang .


Bersama johan dari negeri Kedah .. memang hebat depa ni dan layak bergelar juara . Berapa lama agakya depa berlatih . Walaupun pencapaian kami hanya di suku akhir , tapi akak amat berbangga dengan apa yang budak-budak kami dah buat ... dengan persediaan yang cukup limited , depa berjaya juga menewaskan dua buah negeri . Kamulah juara sebenarnya di hati kami ... cukup berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh semua pihak ,  jurulatih sekolah dan guru-guru lain yang semua turut menyumbang dari pelbagai aspek . Walaupun kita kecil , siapa sangka kita mampu pergi hingga ke tahap ini . Memang rezeki kamulah wahai anak-anak yang bertuah .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails