Petang ni akak membuta je , hari ni akak puasa ganti ...semalam pun . Ada lagi 2 hari nak diganti . Inilah bahananya ganti puasa last minutes , tapi dah biasa dah buat macam ni ...hehehe. Menu hari ni tak tau lagi . Sejak balik umrah peti ais kami selalunya kosong je , tak sempat pun lagi nak ke market . Insha Allah minggu ni nak pi memborong barang dapur , rindu nak memasak untuk family , setakat ni hanya masak nasi goreng dan masakan ringkas2 je untuk family.
Hujung minggu ni banyak agenda ... kalau dah masuk mengajar tu memang la penat .. nasib baik kami dah ke sesi pagi , merasa la peluang nak lelapkan mata di sebelah petang . Itulah rehat akak dalam erti kata sebenar.... tidur yang cukup .
Sebut pasal cuti hujung minggu , salah satu agenda akak adalah nak ke Globe Jln TAR ... Moon ada buat promosi tentang jualan murah kain langsir ... memang dah plan nak tukar langsir yang ada ni .. bukannya buruk pun , cuma nak berganti-ganti .. baru la tak boring .
Akak pernah membeli kain langsir kat sini ... time depa buat sale ni memang berbaloi . Jom la join sekali , raya dah dekat ni . Sebelum pergi sukat dulu ukuran tingkap dan buat kira-kira dulu ... tapi selalunya bila dah sampai sana , memang akak terover punya la sebab mesti tergoda dengan corak kainnya ... kata nak buat langsir ruang tamu , mesti akan terlajak beli untk bilik-bilik lain juga .
for more info click here
Nak tengok contoh kain langsir yang akak beli dulu ..click here
No comments:
Post a Comment