Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia ...
Bagi salam macam GB la pulak :) Terima kasih la korang masih sudi jengah ke blog kami . Tiap hari akak jeling ke sidebar , purata ada la dalam 50-60 pengunjug sehari ... sayang korang . Menulis sorang-sorang kalau takde orang baca memang tak best . GA FM kami pun dah ada sambutan ... Insha Allah dalam masa terdekat ni adik akak , Pdah akan pegi outstation ke South Africa lagi , berjalan tempat orang sungguh maklang tahun ni ... dan akak nak kirim duit utk beli FM .. kalau ada lebih akak masukkan seketoi dua dalam GA akak .
Akak ni pun sama la dengan korang .. suka menjengah ke blog orang lain cuma malas nak tinggal message , selalu tu tak tau nak tulis apa .. masuk pun ala-ala touch and go ... baca cepat-cepat dan keluar sebab banyak kerja menunggu .. tak habis2 bagi alasan yang sama kan ? Aci tak kalau akak tulis " Akak singgah sini " .. kalau aci dah lama akak tinggalkan jejak setiap kali masuk blog korang .
Dah lama jugak rasanya tak bercerita tentang anak-anak sebab ada banyak topik lain yang nak dibuat cerita . Cerita tentang Mesir dan Mekah masih tertangguh .... nak jugak cerita pengalaman akak di Rawdah dan keajaiban yang berlaku pada akak semasa di sana.
Hari ni akak puasa dengan Nisha .. esok last kami ganti puasa . Hari ni menu lauk kedai je cuma abang misai akan masakkan char kuey teow untuk kami anak beranak . CKT yang abang misai gorengkan untuk kami memang setaraf standard yang kita makan kat gerai .. lagipun bila masak sendiri semua perencah dan digoreng sendiri oleh tok laki , maka bertambah-tambah enak jadinya . Tahap kebersihan di kedai pun tak sama dengan yang kita prepare kat dapur sendiri . Bila pi makan di gerai , anak-anak dah boleh compare CKT yang ayah depa buat dengan yg orang lain buat .. ada yg sedap ada yang depa akan cakap " ayah buat lagi sedap "... sedap bagi tekak kami la kan .
Ok .. stop sini dulu .. nanti malam akak masuk sini semula .
No comments:
Post a Comment