Wednesday, June 19, 2013

Meen ke peringkat seterusnya ... emak makin berdebar .


Baru je terasa lega bila habis debaran menyaksikan anak berpesta pantun ... sekarang debaran tu kembali lagi bila dia akan ke Jitra Kedah untuk ke peringkat seterusnya ... peringkat kebangsaan . Rasanya debaran si emak ini dah melebihi debaran si anak ... sebab mak rasa dia belum cukup bersedia . Ada sedikit saja masa untuk buat persediaaan . Sepanjang minggu ni rasanya dia asyik nak kena bergelumang dengan pantun je la .



Takpe la Meen , kita buat yang termampu je .... 1st time masuk pantun .... banyak lagi ilmu yang harus cari ... terima kasih kepada yang sudi kongsikan ilmu dan pengalaman bersama kami . Insha Allah akan dipraktikkan nanti apa yang patut dibuat dan tak patut dilakukan semasa berpantun . Emak pun secara tak sengaja terlibat sama belajar ilmu berpantun .


Janji dengan dia nak pi cari tudung baru ... yang bahagian dalam je . Teringin juga nak ikut pi Jitra untuk bagi sokongan .. tengok la dulu macam mana ... abang misai bagi pergi naik bas cuma takut kat sana susah nak cari tempat tinggal . Kalau di Alor Star tu akak ada la mak sedara . 


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails