Monday, June 17, 2013

Meen sebagai pemantun terbaik


Stop kejap cerita tentang Egypt ... sebenarnya ambik masa jugak nak recall segala aktiviti di sana .. tak semua akak catatkan dalam diari . Still nak share di blog sebagai kenangan dan panduan kepada kawan-kawan yang nak ke sana . Itu belum masuk cerita tentang pengalaman di Madinah dan Kota Suci Mekah yang sangat meninggalkan kesan yang mendalam .

Semasa di Mekah , setiap kali berpeluang akak akan doakan untuk keluarga terutamanya anak-anak ... agar hidup mereka cemerlang dunia dan akhirat ... berjaya dalam apa yang diusahakan , diterangkan hati dalam menerima pelajaran , menjadi anak-anak yang taat pada perintahNYA dan ibubapa .


Syukur Alhamdulillah hari ni anak ke 3 kami , Yasmeen Nuraisyah menempah satu lagi kejayaan dalam hidupnya ... pagi tadi berlangsungnya Pertandingan Pesta Pantun peringkat Wilayah Keramat .. sekolah kitaorang jadi tuan rumah ... dan Meen menjadi salah seorang wakil sekolah dalam pertandingan ni ... lagi 2 orang wakil adalah murid Tahun 6 .


Wakil sekolah kami menjadi juara peringkat Zon ... dan yang paling mengembirakan hati seorang ibu apabila anak dinobatkan sebagai pemantun terbaik . Prestasi dia tak ler sebaik mana cuma maybe takde lagi yg lebih baik daripada dia  . Meen ada bagitau yang kawan-kawan dia cakap dia gedik atas pentas ... berpantun memang la kadang kala gedik sikit .. kalau statik macam mana nak menang ... selain tu kena cool je , jangan panik .. amboi mak senangnya cakap , cuba mak yang duduk atas pentas tu , maunya nak terkencing mereka pantun secara spontan .


Harap-harap diperingkat negeri nanti , team sekolah kitaorang boleh mengulangi kejayaan seperti pagi tadi . Saingannya nanti sure lebih hebat ... so Meen kena lebih bersedia ... akak pun akan cuba tolong dia berlatih kat rumah .


Ustaz dan Cikgu Pak Ya yang menjadi jurulatih @ juruletih diaorang . TQVM


                                               Well done and Good Luck in the next level .


Maaf jika enrty kali ni berunsur 'bangga'.. mak mana yang tak bangga kalau anak berjaya dalam apa yang diusahakannya kan ?



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails