Friday, August 16, 2013

Gang Langkasukahatimakbapakdiaje



Sebelum kami balik ke KL , akak buat makan - makan sikit untuk saudara terdekat .. masak bihup sup je . Mak sedara dan adik beradik akak datang bertandang ke homestay kami . Riuh rendah jugak la petang tu dengan suara budak-budak . Mak dan adik-adik perempuan akak mai pakai jubah hitam .. so apa lagi anak-anak dara akak pun ikut berjubah hitam juga . Sampai ada yang tegur , ini gang Langkasuka ke ?bukan .. ini gang Langsukahatimakbapakdepaje . 

Ni jubah yang akak beli untuk anak-anak dan adik-adik perempuan akak masa akak pergi umrah baru-baru ni . Harga jubah kat sana sangat murah berbanding di sini .. kalau yg macam ni hanya 100riyal .. lebih kurang RM80 duit kita . 

Me and my mom ... sama kan kami ? cuma akak terlebih tinggi .



My daughters with their maksu 


  depan homestay kami

Meen dan maksu Ann ..dah sama tinggi anak dan mak sedara ni . Meen seronok la tu sebab maksu rajin lilit shawl untuk dia . 



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails