Masih lagi dengan cerita raya ... kali ni gambar keluarga kami la pulak . Maybe bagi sesetengah orang bergambar tu tak penting ... lain orang lain hobinya kan ? hobi yang satu ni dapat mengeratkan silaturahim kami sekeluarga . Gambar-gambar ni juga sebagai kenangan dikemudian hari .
Si emak dan anak-anak daranya . Syukur dikurniakan 3 orang anak perempuan ... sekarang ni dah terasa ringan sikit beban seorang ibu ... depa ber3 ni dah banyak membantu dalam kerja-kerja rumah walaupun tak berapa cekap lagi . Tentu ada yang cakap susah nak membela anak dara ni kan ? ... doa kami moga depa ber3 pandai menjaga diri dan menjadi muslimah yang baik . Patuh pada perintahNYA dan juga ibubapa . Alhamdulillah dalam bab menjaga aurat , anak-anak ni dengan sendirinya tau adabnya dan mampu buat .. kadang-kadang tu lebih baik dari mak depa .
Tema purple tahun ni nampak sejuk sikit mata memandang berbanding last year .
model tua ... ala kadar je tahun ni .. less is more
Bersama chenta hati .. tangan tu naik atas bahu setelah disuruh .. kalau tak skema je jadinya :p
No comments:
Post a Comment