Cuti 3 hari ... kami buat apa ya ? Kami buat aktiviti yang tak mengeluarkan duit , iaitu duduk di rumah je dan mengemas . Sabtu kami dapat jemputan makan kenduri ... sebelum pi kenduri akak kemas dapuq . Cuci dan lap semua dari dinding , cabinet , tingkap dan susun semua pinggan mangkuk ... walaupun capek tetap ikut abang misai pi kenduri .
Akak tak suka letak barang atas cabinet or almari kat dapur ni , malangnya ada orang tu asyik letak barang-barang yang tak berkenaan dan akak memang tak berkenan langsung , sakit mata memandang . Segala tools dia semua nak letak atas tu . Dah diwarning tapi degil sungguh budak besaq tu .... rotan karang baru tau .
Semalam akak basuh sarung kusyen , nak buka senang , nak pasang balik yang bercinta . Nasib baik Nisha tolong pasangkan tadi .
Akak juga basuh bunga - bunga ni ... rajin kan ?
Abang misai pulak salin air akuarium , baru la tenang mata memandang .
Abang misai juga pasangkan kaki baru untuk meja kopi kami ... DIY je ... kaki meja kaca ni dah patah ... dia ambik kaki meja kayu kami yang lama , cat dan pasangkan cermin ni ... tak mampu la nak beli baru , kami sedang berjimat dan kumpul duit untuk jalan-jalan makan angin.
Sekian laporan aktiviti hujung minggu kami yang tak best mana pun ... tapi hati senang sebab banyak kerja rumah dapat dibereskan ... especially kerja-kerja yang memang malas nak dibuat tu .
No comments:
Post a Comment