Monday, September 16, 2013

Baju untuk BFF


Akak dah stop kejap daripada jahit jubah ... dah takde kain , dah kering poket nak pi beli kain lagi . so duduk diam-diam ... tapi petang tadi akak cuba jahit baju untuk my boyfriend for ever ( bff ) a.k.a abang misaiku sayang . Percubaan pertama , kali ni pun masih bergurukan Encik Youtube . Part yang paling susah ialah leher . Abang misai nak baju yang berleher biasa ( bukan cekak musang ) tapi bahagian belah tu macam cekak musang . Susahnya nak explain ... Ini baju untuk dia pakai pi surau or masjid . 


Masih tak berapa kemas ... kekok lagi , untuk leher jubah akak boleh la jahit cepat-cepat , kalau tak kemas masih ok lagi sebab kita pakai tudung , mana orang nampak jahitan lehernya , tapi untuk baju nanaku ini kena la kemas jahitannya , baru dia bangga sikit pakai baju jahitan chinta hatinya .... ayat perasan . Apapun akak nak sangat jahit baju untuk abang misai . Kalau berjaya kali ni boleh buat lagi . Yang pertama selalunya tak perfect , nanti bila dah selalu jahit , cekap la kan ?

Esok sambung jahit ... nanti akak tepek gambar baju yang dah siap .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails