Kita selalu merungut .. itu tak kena ini tak betul
merungut sekali sekala itu adalah perkara biasa
tapi kalau asyik merungut je tiap-tiap hari ia akan menjadi luar biasa
kita selalu asyik mencari kesalahan orang lain
hari - hari kita memperkatakan akan kelemahan orang
tanpa kita sedari atau kita sengajakan
kita mungkin tak sedar di belakang kita
orang lain pula asyik memperkatakan tentang kita
yang mana lebih baik kita mengata orang atau orang mengata kita ?
lebih baik kita diperkatakan ....
kerana kita tak mampu menutup mulut orang kan ?
susahnya nak menjadi lebih baik
susahnya nak menjadi insan yang sentiasa bersyukur
nikmat Allah ada di mana-mana
* entry hari ini adalah pesanan untuk diri sendiri yang ingin dikongsi dengan yang lain . Akak sendiri banyak melakukan dosa mulut ... sebab itu lately akak memilih untuk kurang berkata-kata . Walaupun ia amat sukar bagi orang yang banyak cakap seperti akak , tapi sekurang-kurangnya akak mencuba untuk mengurangkan dosa mulut ini . I'm not refering this to the others ... it's just me , hamba Allah yang sangat ingin berubah ke arah yang lebih baik .
No comments:
Post a Comment