Dah berapa hari ya akak tak menulis di sini ? Mood kurang la .. bila rajin tu boleh buat 2/3 entry terus . dan sejak ada baby baru ni , masa akak selepas Magrib dipenuhi dengan aktiviti menekan pedal mesin jahit . Jumaat lepas akak cuba buat jubah moden yang jenis kembang kat bawah tu . Sebelum ni akak dok usha jubah-jubah keluaran Syazara Enterprise ... dan dengan gigihnya akak pun study cara nak buat jubah di youtube . Mula-mula akak guna kain lycra yang murah je , bila dah jadi baru akak buat lagi guna kain yang mahal sikit . Giler rambang mata pi pilih kain lycra di Jakel ... harga antara RM10 - RM28 semeter .. yang mahal lagi pun ada tapi tak mampu la akak .
Bila dah mahir sikit ni akak pun rembat la kain untuk 4 helai jubah di Jakel . Ada lagi 2 pasang yang belum dijahit . Kalau nak beli jubah yang siap harganya antara RM160 hingga RM190 yang akak pernah beli sebelum ni , tapi bila jahit sendiri modal kainnya hanyalah sekitar RM70+ ... banyak yang akak dapat jimat dan boleh dapat banyak helai sikit . Masalahnya GB menjeling je bila akak pakai jubah . Akak bukannya pakai kebaya singkat pun dan jubah akak pun bukannya jarang or fit . Entah la kan , yang menutup aurat dan labuh tak boleh pakai ... sesetengah orang kata boleh dan depa dah tanya orang jabatan . Susah juga kan kalau macam ni ? ... pakaian yang formal di mata Allah menjadi tak formal di mata manusia . Yang mana satu nak ikut ?
Abang misai pun macam merestui je hobi baru bini dia ni . Dia siap suruh akak belajar macam mana nak buat baju melayu . Yang tu nak kena pi berguru la ... or kena tunggu cuti panjang baru boleh study betul-betul macam mana nak jahit leher baju melayu .
takde la secantik yang model pakai sebab model yang ni saiz dia XXL ... tapi puas hati sebab dapat jahit sendiri. Ada satu lagi projek menunggu .. nak jahit kain utk backdrop pentas sekolah . Dah lama terperap dalam bilik , harap-harap masa HAC nanti boleh la guna . Then , kalau ada rezeki lebih nak beli kain langsir yang baru utk ruang tamu .
No comments:
Post a Comment