photo from google search .. tq
My abang misai sangat sibuk sejak dua menjak ni .. pagi petang berkawad . Esok majlis Perbarisan tamat latihan Kadet Inspektor . Akak tak banyak soal dia balik lambat or asyik keluar ke kompeni .. akak tau dia sibuk dan dia memang ke sana untuk buat kerja . Akak teringin nak pi tengok majlis esok tapi malulah nak pi situ ... pernah pi sekali je tahun 2008 , masa tu kalau tak silap H1N1 tengah merebak so ramai la yang pakai tutup hidung , akak pun pakai sama ... so orang tak kenal akak .. teruk kan akak ni ? malu tak bertempat .
Kak Una balik rumah tadi ... kami pulak esok ada sekolah ganti ... tak bestnya pi sekolah hari Sabtu ni . Takpe tak lama lagi kami akan bercuti hujung tahun .. tak sabar nak pi bercuti . Lepas ni maybe abang misai akan ada lebih masa sikit untk kami ... Insha Allah .
Malam ni akak pulun SPPBS walaupun susah nak masuk ... nasib baik akak dah key in dari masa ke semasa sebelum ni , tinggal sikit lagi nak settlekan ... ada juga cikgu yang belum masuk langsung . Tak suka buat kerja last minutes ni sebab line akan slow giler bila semua pakat nak key in data serentak . pastu semua pakat maki hamun dan stress .
Belum buat senarai semak ... yang pasti senarai tu akan menyemakkan hidup akak dalam 2/3 minggu ni . Insha Allah semua akan ok .. cuti Depavali ni nak mula selesaikan mana-mana yang patut .
No comments:
Post a Comment