Tuesday, October 29, 2013

Projek terkini ... tailor tak bertauliah


Projek terkini yang membuatkan akak tersangat la sibuk .. bukan saja sibuk dengan kerja-kerja sekolah , tapi ada satu lagi task untuk akhir tahun yang perlu disiapkan sebelum 10 Disember . Kalau sebelum ni akak buat jubah untuk diri sendiri tapi kali ni akak volunteer nak jahit jubah sedondon hampir 10 pasang . Dari saiz mak budak hingga ke budak 3 tahun .


Semalam keluar beli kain dengan adik .. untuk 10 pasang jubah princess cut pelbagai saiz ni kosnya hanya RM350 ... kalau nak beli yang siap tu korang rasalah berapa agaknya kosnya .



tema light purple untuk body jubah .. dah siap potong petang tadi .


untuk lengan pulak .. corak bunga kecik-kecik ... tak sabar nak tengok hasilnya ... tunggguuuuuu ... untuk event apa ? itu pun tunggguuuuu .. mesti ramai yang akan terkejut nanti . Harap-harap kesihatan akak baik bagi merialisasikan impian melihat insan-insan ini berjubah hasil jahitan akak .


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails