Friday, November 1, 2013

Jubah kanak-kanak dah siap untuk anak sedara .


Dek kerana tak sabar nak tengok hasilnya , akak jahit dulu jubah untuk kanak-kanak . Yang dewasa dan remaja nanti dulu , kena tunggu akak free sikit ... akak kena dulukan kerja-kerja sekolah . Tadi dah buat senarai semak ... arrgggghhhhh banyaknya nak kena dibereskan sebelum bercuti .. malam ni nak marking kertas exam ... esok nak pi cari hadiah HAC , then nak siapkan jahit kain untuk backdrop pentas .. plan nak guna kain baru this year . Harap-harap cantik la .. dah lama tinggal bidang hiasan pentas ni .



Memandangkan saiz tuan punya jubah hampir sama dengan saiz budak noty ni , akak kerah Akim buat fitting . Puas kena suruh .. bila janji nak upah aiskrim barulah dia nak .. tu pun susah akak nak ambik gambar , dia belari satu rumah . Siap ulang cakap " Macam tantik je , macam comei je ". Memang tantik la dik .



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails