Sepanjang minggu lepas akak sibuk sebagai penyelaras hari Anugerah Cemerlang ( HAC ) di sekolah ... eventnya hari Jumaat ... belum pun hilang penat hari Sabtu bergerak ke rumah adik di BB Bangi , jiran adik akak buat kenduri kawin anak dia dan adik akak nak sponser laksa untuk jiran dia sebagai menu tambahan ... dia dah booking akak untuk masak laksa ni lama dah .
Nasib baik ramai membantu semasa proses menyediakan laksa ni ... yang paling penting ada orang tolong asingkan isi ikan dari tulang , tolong kupas udang , pesiang bawang ... mulanya akak suruh adik beli 6 kilo je ikan sardin tapi bila dah siap blender semua ... nampak sikit la pulak berbanding periuk yang besaq gedabak tu ... so adik pi beli lagi 6 kilo , jadinya 12 kilo la ikan sardin tu ... depa awalnya nak campur dengan ikan kembung tapi akak lebih suka ikan sardin .. demand betul .. hehehe.
Risau sangat takut tak sedap sebab akak tak pernah buat kuah sebanyak ni ... paling banyak akak pernah masak guna 5 kilo ikan je . Guna habis segala petua yang diberi oleh mak dan cousin akak yang terer bab masak laksa tu ... kami masak laksa utara .. kuah agak pekat sebab akak blender halus semua bahan-bahan tu . cili yang akak blender tu pun akak tapis sebab taknak ada bijik cili masuk dalam kuah dan kuah nampak cantik je . Secret ramuannya adalah akak tambah udang fresh ( blender ) , pes otak udang pun sama . Kebetulan kawan akak baru bagi belacan dari perlis yang nampak sedap je .
Cousin akak pernah bagi petua cara dia sedapkan kuah laksa .. dia blender daun kesum sikit sampai lumat dan selebihnya masuk dalam kuah bersama bunga kantan . Insha Allah laksa akan sedap kalau cukup ramuannya , cukup masamnya ... cukup rasa . Ditambah penjagaan kebersihan semasa penyediaan laksa ... rambut kena tutup , semasa proses blender ramuan tu periuk kena tutup takut masuk benda asing .
Nak jadi cerita , semalam jiran adik akak tu jemput Chef Joe ke majlis dia . Chef Joe mai ke laksa station ... dia makan dan mai tambah lagi dan lagi .. sedap katanya dan lulus untuk masuk masterchef ketegori suri rumah la ... katenya , iyor la tu ... maybe chef peminat laksa dan laksa akak tu tak berapa pedas .
Tapi masa chef Joe ada kat laksa station tu akak dah balik ke rumah adik akak .. kalau tak boleh bergambar . Akak tak layak masuk masterchef pun , banyak yang akak tak tau nak masak ... teringin nak cuba itu ini tapi selalunya masa dan budget tak cukup . Cuti sekolah ni plan nak cuba buat homemade laksa beras . Pertengahan Disember dah dibooking untuk masak laksa lagi untuk majlis kenduri saudara terdekat .
* Mode happy kembang bermangkuk - mangkuk bila dapat tau chef puji laksa sedap .
No comments:
Post a Comment