Ada orang tu sibuk pegang buku .. dalam beberapa hari ni ni dia dah mula study semula .. macam nak sit for the PMR again , tapi memang nak exam pun .. dia akan ambik ujian kelayakan MRSM hari Jumaat depan . Harap kali ni ada la rezeki dia nak masuk sekolah berasrama penuh ... dia juga mohon untuk ke SMAP Kajang ... anak yang sorang ni memang cenderung ke arah aliran agama . Doa mak dan ayah tak putus - putus untuk korang , agar cemerlang dunia dan akhirat .
Esok kami nak ke Bangi lagi ... guess what ? maklang kami akan bertunang esok . Kami semua tumpang gembira untuk maklang kesayangan kami .
Akak tolong jahitkan baju nikah untuk maklang Pdah .. saiz maklang dan akak hampir sama ... cuma cutting pinggang akak dah lari selepas beranak 5 . Jahitannya takler sekemas tailor .
Mulanya plan nak jahit lace pada lengan dan kaki jubah ... tapi akak tak berapa pandai nak jahit dengan kemas so kami hantar ke orang yang lebih pakar iaitu cousin kitaorang . Cuba usha hasil kerja Nurul di blog manikqueen ni .
Selepas ni sambung jahit jubah untuk adik beradik perempuan akak ... ada lagi 7 pasang nak kena siapkan sebelum pertengahan Disember . Tak sabar nak tengok kami adik beradik sedondon di hari yang cukup istimewa tu .
No comments:
Post a Comment