Bila dah selesaikan kerja baru la hati senang nak bercuti , nak berehat bersama keluarga . Anak-anak dah menghitung hari nak pi jalan-jalan ... lepas balik holiday kami akan balik kampung pula . Tok Som masih di Bangi , mak mai untuk majlis pertunangan maklang Pdah . Khamis ni adik akan hantar tok som balik kampung . Lepas balik dari BB Bangi semalam , kami singgah kedai 'yummy' .. beli barang-barang untuk masak kek dsbnya . Anak-anak dara ni la sibuk nak buat kek . Moh kita pakat membesaqkan badan ... makan tidoq je kerja kita cuti ni .
macam cantik je maklang ...
Lepas magrib tadi akak pederas menjahit , dapat la siapkan dua pasang jubah ... satu untuk maksu Ann dan sepasang lagi untuk anak sedara akak , Ainul Zakiah . Ada lagi 7 pasang nak disiapkan .. target untuk siapakan sehari 2 atau 3 pasang .
Esok ... operasi mengemas rumah ... kalau rajin la ... bukan apa nanti tak sampai sejam kemas ada orang mai tolong sepahkan balik .... orang dalam di atas ni la .
No comments:
Post a Comment