Assalamualaikum ,
Mood untuk menulis di blog agak menurun lately .. kesibukan membuatkan akak malas nak mengarang . Alhamdulillah masih boleh berlapang dada dengan hati yang tenang walaupun dibelenggu tugas - tugas yang tak pernah putus .
Bersyukur sangat-sangat di kelilingi insan - insan yang amat memahami dan mengambil berat .. abang misai , betapa akak bersyukur ada dia ... juga anak-anak yang makin membesar dan makin memudahkan urusan hidup akak ... anak-anak dara akak banyak membantu dengan kerja-kerja rumah .
Walaupun sekali sekala dugaan melanda , tapi kami masih mampu melaluinya kerana kami ada DIA .. DIA dah banyak tunaikan impian kami ... tahun lepas merupakan tahun limpahan rezeki buat kami sekeluarga . Bila kita susah kita selalu ingat DIA dan bila kita senang pun kita selalulah ingat DIA .
Apa yang membuatkan akak kurang aktif di sini dan di fb adalah kerana akak takutkan satu perkara ni je ... bila akak buat post or entry , akak takut riak .. sebab tu korang boleh tengok kadang2 tu post akak di fb akan hilang .... niat kita lain , tapi mungkin orang tafsir lain . Hati tak senang takut 'riak'sebab tu akak delete ...dan akak tau ada jugak yang singgah sini untuk baca catatan diari akak .. kalau ianya memberikan manfaat ...ok lah .. tapi akak paling takut ianya menjadi bahan untuk orang membuat dosa mengumpat kami .
so ... akak buat keputusan , entry - entry akak yang boleh menjadi bahan untuk orang lain , lebih baik akak simpan as draft .. biar akak je tahu .. in future, anak-anak still boleh baca catatan mak depa sebagai kenangan .
No comments:
Post a Comment