Ahad lepas merupakan hari terakhir kak Una bersama rakan-rakan di sekolah lamanya ... sebak melihat semua mengucapkan selamat tinggal kepada kakak .. satu perpisahan yang tak disangka-sangka .
Isnin pagi kami hantar Kak Una ke sekolah yang baru ... tempat untuk berjuang dengan mereka-mereka yang lebih cemerlang ... saingan kali ini tentulah lebih mencabar ... harap Kak Una dapat menyesuaikan diri ... mak tau kakak rajin dan bila bersaing dengan mereka2 ni prestasi kakak akan lebih meningkat .
Alhamdulillah semua berjalan lancar .. Semuanya serba baru .. sekolah baru , kawan-kawan baru , dorm yang baru .. tilam pun baru bukak plastik ... in batch kedua form 4 di MRSM Parit . Kak Una pun nampak seronok je . Mak tak risau sangat sebab kakak dah biasa tinggal di hostel , cuma kali ni jaraknya agak jauh sikit ... mengambil masa 3 jam untuk ke sana .
rasmi katil dan almari yang baru ...
Selamat berjuang anakku ... jangan sia-siakan peluang yang kakak dapat ini . Moga kakak dapat menjadi contoh terbaik untuk adik-adik .
No comments:
Post a Comment