Selamat berhujung minggu bersama orang-orang tersayang .
Hujung minggu kami kali ini agak pack .. emak dan ayah busy sikit membuat persediaan untuk menghantar kak Una ke sekolah yang lebih baik esok ... syukur sangat - sangat kak Una dapat tawaran belajar di antara sekolah- sekolah pilihan . Akhirnya doa kami diperkenankan Allah .. siang malam doa mak dan ayah tak putus2 ... baik emak , ayah mahupun anak sama-sama buat solat hajat , dhuha everyday ... dan kemanisannya sukar digambarkan bila apa yang kita hajatkan tertunai akhirnya ... moral of the story , jangan berhenti memohon kepadaNYA .. sama ada cepat atau lambat , Insha Allah akan tertunai juga kita impikan . Allah maha mengetahui , maha penyayang kepada kita hambanya .
Terlalu banyak DIA memberi berbanding dengan apa yang dipulangkan ..
Moga Kak Una akan lebih tabah di tempat baru .. lebih berdikari dan dapat bersaing dengan mereka - mereka yang hebat . Rasanya tak susah sangat sebab kakak dah biasa tinggal di asrama .. cuma kali ni lokasinya lebih jauh , tak dapat la mak ayah nak pi melawat tiap-tiap minggu ... semuanya demi masa depan kakak ... ianya pilihan yang terbaik buat masa ini . Cuma yang ralat sikit kakak terpaksa lepaskan subjek2 agama yang kakak ambil di sekolah lama ... rasanya B.Arab kakak masih boleh teruskan ... sayang jugak la kalau ilmu tu hilang begitu saja .
* dah sebak sebenarnya ni nak tinggalkan anak belajar jauh .. moga kita kuat .
No comments:
Post a Comment