Tuesday, May 13, 2014

Menyayangi dan disayangi




Tahun lepas kami sambut Hari Ibu ... heboh orang dok share di fb haram sambut hari ibu ... so tahun ini kami takde buat sambutan apa pun ... cuma akak tetap bisikkan jugak di telinga emak ucapan itu .. memang la orang kata hari ibu adalah setiap hari tapi bohong la kalau kita cakap hari-hari kita ucapkan kasih sayang kita pada ibu . Yang penting niat kita .. elok juga ada 1 hari di mana kita tunjukkan kasih sayang kita dengan buat sambutan hari ibu buat insan yang melahirkan kita ... bawak makan ke , bagi hadiah special buat ibu .. betul tak ? yang penting niat kita ... sama la bila sambut hari guru , hari polis , hari jururawat ... semuanya dengan tujuan nak tunjukkan yang kita menghargai pengorbanan mereka .

Apapun emak sangat istimewa di hati kami ... alhamdulillah kesihatan emak pun dah semakin baik ... emak dah boleh berjalan semula ... satu keajaiban doa anak-anak untuk si ibu . Sekarang emak ada di rumah adik akak di Bangi ... emak dibawa ke sini untuk rawatan mata .. kami nak mak melihat dengan lebih jelas ... 



Macam mana akak sayang emak , begitu jugak la akak disayang oleh anak-anak ... walaupun emak depa ni selalu membebel tapi depa tau bebelan emak ada sebab , emak pukul pun ada makna . Mak dan ayah nak jadikan korang manusia ... jadi makluk Allah yang taat pada perintahnya ... mak nak korang jadi anak yang baik dan bukannya TUAN kepada kami ... kita boleh tengok zaman sekarang , dah banyak sangat anak yang menjadi tuan ... emak ayah ikut je cakap anak ... sampai mak ayah dah takde kuasa nak mendidik anak cara mereka .

Mohon dijauhkan daripada anak-anak kami jadi macam tu ... biar menyesal sekarang daripada menyesal di kemudian hari . Hidup kita bukan hanya untuk mengejar hal-hal duniawi semata-mata hingga lupa tujuan sebenar . Thanks to abang misai .. imam kami yang memang garang dan tegas tapi dia sangat sayangkan kami dan mahukan anak-anak cemerlang dunia dan akhirat .

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU DI MANA SAHAJA ANDA BERADA . Betapa bertuahnya kita dapat merasai nikmat bergelar seorang ibu . Bersyukurlah .


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails