Tuesday, May 13, 2014

Office Baru .. mood baru


Assalamualaikum ... kembali menulis setelah sekian lama menyepi ... bukan setakat buat entry baru , nak blog walking pun akak malas ... kerja banyak seperti selalu tapi mmg tak de mood nak berblogging . Lagipun CPU akak buat hal dan terpaksa dihantar ke klinik ( kawan bag misai ) . Baru dapat balik 3 hari lepas , malangnya semua , segala mak nenek yang ada dalam D dah tak dapat diselamatkan lagi ... memang rasa nak menangis dibuatnya tapi akak redho ... kena mula semula dari bawah tertamanya kerja-kerja photoshop akak ... kena buat koleksi baru .

Bila dah dapat PC , mula mengali - sana sini bahan2 yang pernak dishare or di email kepada orang lain .. nasib baik boleh download balik ... moral of the story , buat backup .. tak kira la cara apa pun ... masuk CD ke , save online ke , janji boleh dapat balik bila jadi kes macam ni ... sekarang nak menyesal pun tak guna , nasi dah menjadi bubur .. tapi akak percaya dengan kemampuan diri akak . 

Office akak di ruang depan dah dipindahkan ke bilik kami ... ruang sebelum ni kami letak set meja makan yang baru ... nampak lapang dan bersih sikit ruang tu ... workstation yang abru ni mengadap tingkap . Thanks to abang misai pasangkan set sound system yang gedegang gedegung macam wayang untuk akak . 
Workstation sangat penting bag akak , dari rumah lama sampai pindah ke blok baru ni , wajib ada satu sudut untuk akak buat kerja . Akak ada impikan workstation yang cantik cuma buat masa ni masih tak mampu merialisasikannya ... takde budget , takpe pelan-pelan ... maybe one day impian akan menjadi kenyataan .

Moga office baru ni memberi mood yang baru untuk buat kerja ... 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails