Sunday, April 5, 2015

Terasa nak menulis tentang anak-anak .


Anak-anak , nikmat yang Allah yang tak ternilai ... syukur Alhamdulillah .

Entah angin apa entah ... Malam ni terasa terpanggil nak story tentang anak-anak .

Anak-anak makin membesar ... semua dah masuk ke alam remaja kecuali baby mak yang sorang itu . Sebab semua orang dalam rumah ni layan dia macam baby , maka baby la jadinya . Badan pun tak nak membesar macam kakak2 dan abang dulu .

Kak Una dah form 5 .. nak ambik SPM tahun ni ... Meen pula dah balik duduk di rumah ... tak lagi tinggal di asrama . Dapat bertahan selama 2 bulan sahaja,...kemurungan terjadi .. entah kenapa ..so mak dan ayah dah tak larat nak pujuk ... tukar ke sekolah dekat rumah .. sama dengan Nisha .



Haikal makin aktif dengan sukan perahu layarnya ... selang seminggu akan ke PD untuk latihan . Kami sokong je minat dia ... at least hujung minggu dia terisi dengan aktiviti yang berfaedah .. hati ibu mana tak risau lepaskan anak di tengah laut ... tapi hero sorang ni sama macam emak dia ... kami ni hantu air . Akak sokong aktiviti ni sebab dulu akak pun minat aktiviti lasak ... cuma takde peluang . lepas kawin abang misai tak bagi aktif langsung ... akak akur dan akak bahagia dengan pilihan akak kini .



Dapat kemudi perahu nikmatnya macam dapat naik motor tanpa lesen ... betul tak abang ?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails