Friday, June 5, 2020

Memohon maaf dan memberi kemaaafan



5 June 2020

Walaupun emak hari-hari minta ampun daripada ayah sebelum tidur , moment seperti ini tetap emak tunggu saban tahun . Ayah termalu-malu nak minta maaf pada emak . Emak ampunkan setiap hari sama macam ayah ampunkan emak setiap malam . Sepanjang 24 tahun kita hidup bersama , bohonglah kalau emak cakap semuanya manis-manis belaka . Kadang kala terselit terkecik hati , terluka , tersilap bicara dan tak sependapat dalam sesetengah perkara ..... tapi rajuk dan marah kami selalunya tak lama . Kemaafan adalah dendam yang terindah . 


I love you sayang .... more and more each day .

Saturday, April 4, 2020

We Are Back


Assalamualaikum semua . YES .... We are back . Tapi untuk lama mana tak tau lagi . Dah lama tak menulis di sini . Dah bersawang pun blog 'Kami in the house ' . Apa khabar semua ... masih waras ke sepanjang 18 hari kena kurung ni ? Alhamdulillah kami ber7 masih OK stay at home . Sekali sekala kedengaran rungutan 'Bosan' tapi semua masih tak mengelupur dan gelisah nak keluar rumah .

Rutin harian sepanjang PKP kami tak banyak berubah . Yang pasti makan , makan dan makan lagi ... aktiviti kedua 'Tidoq' . Sepanjang PKP juga kami berpeluang untuk buat spring cleaning . Kalau hari-hari biasa memang takdak masa nak ber-spring cleaning yang betul2 mengemas . Satu hari satu bilik ... sental sana sental sini ... dengan grill tingkap semua dilap . Ada lagi yang dalam proses nak dikemas ... dan ada berbeg plastik sampah penuh dengan kain baju dan barang-barang lain yg nak dibuang . 


Kesian hero sorang ni .. Dia biasanya aktif .. hujung minggu jarang lekat di rumah . Abang Haikal rindu nak pi training menembak , rindu nak pi memancing .. rindu lepak dengan kawan-kawan . Sabarlah abang ... main lah game tu , emak tak larang . Jangan buat benda pelik-pelik sudah .


Nikmat di sebalik dugaan . Ayah yang biasanya adalah ahli surau telah menjadi imam kami sepanjang PKP . Solat Magrib dan Ishak wajib berjemaah semua sekali ... Emak juga merasa solat berjemaah 5 kali sehari berimamkan encik suami . Satu perkara yang emak selalu tunggu . Setiap kali ada peluang berjemaah dengan ayah , pasti emak akan grab . 

Ayah masih kerja macam biasa cuba sekarang tak sibuk sangat . Ayah masih bertugas di dalam kawasan ... ada banyak masa dengan kami dan kurang risiko bertemu orang ramai . Emak risau setiap kali ayah keluar . Kami yang tinggal di rumah ni memang tak jejak keluar . Emak langsung tak keluar pagar rumah sejak 18hb Mac . Moga semua ni cepat berakhir . Rindu rutin yang dulu . 

Sunday, June 30, 2019

Dating cara kami.


Alhamdulillah dapat sambung balik rutin hujung minggu kami . Abang misai dah selesai tugas luar Khamis lepas . Pagi ni plan nak gi jogging dulu , tapi otw kami cancel sebab langit sangat gelap dan hujan mula turun. Kami lajak ke warung Pak Hassan pekena roti canai dan nasi lemak . Selesai makan cuaca elok la pulak .. kami patah balik 


Kami jogging dalam Aeon Big saja . Pusing-pusing cari barang dapur . Sebelum pukul 8 kami dah terpacak depan pintu masuk 😁. 


#datingcarakami
#rutinkamihujungminggu

Monday, January 21, 2019

Day 5 : Cappadocia

 Copy paste catatan adik akak . 

6 pit stops. Itulah yang diberitahu oleh Tuan Hazimin, guide kami dalam Trip Anatolia ini. Kami akan berhenti di 6 tempat menarik sebelum meninggalkan bumi Cappadocia, sebut Kapadokya dalam bahasa Turki.
Kapadokya adalah gabungan lima negeri di kawasan tengah Turki. Terkenal dengan landskap batu-batuan yang sangat menarik dikenali sebagai 'fairy chimneys'.
Batuan berbentuk cerobong ini terhasil akibat ledakan larva gunung berapi berjuta tahun yang kemudiannya mengeras. Angin dan hujan menghakis, meninggalkan batu tuff (dari debu mengeras) sahaja yang masih berdiri megah, dalam bentuk yang tidak terjangkau akal manusia.
Bagai kisah dongeng tatkala melihat keajaiban binaan alam ini, maka tidak hairanlah manusia menggelar struktur majestik ini sebagai 'Fairy Chimneys'.
Saya kongsikan enam lokasi yang kami singgah hari ini buat tatapan rakan-rakan FB saya. Semoga terhibur.
Haslinda Mat Isa
Trip Anatolia 2018 bersama Terokai TURKI




Hari - hari hantar laporan ke bossku . Missing him and the kids so much . Satu hari nanti nak datang semula ke Turki dengan abang misai .





Jalan selagi kaki masih kuat ... nak tunggu pencen lambat lagi 10 tahun . Time tu mungkin lutut dah longgar dan tenaga pun makin berkurang . 



Day 5 : Cappadocia

Alhamdulillah, sampai dah kami ke Cappadocia. Dapat merasa duduk Cave House Hotel, duduk dalam gua. Cantik hotelnya. Syukur sangat perjalanan kami setakat ini baik-baik sahaja.
Dari Istanbul ke Bursa, Pamukkale, Konya dan seterusnya ke Cappadocia, banyak pengalaman menarik dikutip bersama adik, kakak dan sahabat-sahabat saya.
Guide kami, Encik Hazimin Sulaiman dan pembantunya yang setia melayani kami bagai kakak sendiri. Paling best part makan. Terkejut - kejut kami setiap kali dibawa ke restoran.
Waktu makan malam biasanya memang surprise, restoran cantik, makanan pun terbaik sampai tak terdaya nak makan, sajiannya sedap dan banyak pula tu. Memang kelaut dalamlah eat clean kami.
Selain makan, menempuh perjalanan jauh dari satu bandar ke bandar yang lain juga satu pengalaman baru bagi sesetengah dari kami. Namun, penat dan lenguh duduk berjam-jam dalam van hilang sekelip mata bila tiba ditempat yang dituju.
Turki sememangnya cantik dan menarik. Patutlah ramai rakyat Malaysia memilih Turki sebagai salah sebuah negara yang wajib dilawati.
InshaAllah, saya doakan rakan-rakan semua dapat jejakkan kaki ke negara ini suatu hari nanti.
Haslinda Mat Isa
Catatan Trip Anatolia hari ke-5

kami menginap di Osman Bay , cave house hotel 






orang perempuan dan shopping tak dapat dipisahkan .



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails