Friday, December 31, 2010

Giveaway ke 2 kami bakal menyusul

Nak tayang koleksi FM kami setakat ni ... ni je la yang kami ada setakat ni ...Akak mula collect FM ni sejak 2010 ... baru je .. maklum la dulu fridge kami kecik je .. sejak abang misai beli yang besar sikit baru la terasa nak collect FM .. sebelum ni akak memang pengumpul keychain ... adik2 selalu jugak ke oversea dan banyak jugak la keychain yang dah akak kumpul . Kalau dulu akak minat dengan FM ni sure dah penuh pintu fridge kami dengan FM .

Baru-baru ni adik akak ke Hatyai ... so akak ada beli lebih 4 FM untuk kawan-kawan ... Siapa nak FM from Thailand ? ..tunggu pelancaran GA kedua kami esok sempena tahun baru 2011.

Thursday, December 30, 2010

Tak sanggup berpisah


Dua tiga hari ni tido asyik terganggu , hati mula sebak .. sebabnya hanya tinggal 2 hari je lagi kakak akan tinggal bersama kami ... mulai Ahad ni kakak akan tinggal di asrama ... walaupun dekat , masih di KL tapi mak tetap rasa sedih ... selama ni mak tak penah berpisah dengan anak-anak lebih dari 3 hari ... dulu tok nak pinjam cucu sehari pun mak tak bagi .. tapi sekarang mak terpaksa juga lepaskan kakak pergi ...macam mana la mak nak melalui hari-hari mendatang tanpa kak Una . Mula - mula nanti sure mak nangis punya ... mak tau kakak kuat .. kakak independent .... tapi mak ...

Kedai Foto Emak

Dek kerana nak save duit , emak pun buka studio sendiri depan rumah ... takde flash .. guna cahaya semulajadi ... kain biru ni mak beli di Nagoya ... ada satu lagi warna coklat gelap ... kalau di kedai 5 keping RM12.00 ... di kedai foto emak , cuma perlu beli glossy paper yang berharga RM1.50 sekeping ... boleh dapat dalam 25 keping gambar saiz passport .

Gambar - gambar ni untuk bagi pada cikgu sekolah . Meen pakai tie warna biru , tak matching dengan vest tu .. tie maroon mak tak tau nak ikat .

Kakak akan ke sekolah menengah .. tentu nak pakai banyak gambar .... mak juga ambik gambar kakak pakai tudung labuh putih untuk sekolah agama .


Paling mencabar nak mendapatkan gambar terbaik hero sorang ni ... tak tau duduk diam ... macam-macam aksi dia buat ... kalau ada sepuluh orang macam ni ... tokey kedai gambar mau pengsan . Mak jugak ambik gambar Haikal pakai baju sekolah agama . Kenapa takde gambar Nisha ... dia zzzzzz petang tadi .. malas kami nak gerak untuk ambik gambar ... nanti muka sure monyok punya .

Kedai foto EMAK ni hanya beroperasi untuk anak-anak mak je ... tadi mak offer juga untuk anak pengasuh Hakim ... free of charge .

Tuesday, December 28, 2010

dan episod busy pun bermula

AKAK

Mulai semalam kami sudah mula ke sekolah ... bukan kami tapi akak la ... dah mula bermesyuarat itu dan ini . Minggu ni setiap hari akan ke sekolah ... Maka episod busy pun bermula semula dan no more cuti-cuti Malaysia . Banyak dah keja menunggu akak . Tahun depan murid semakin berkurang sebab ada sebuah sekolah baru dibuka di kawasan yang sama dan ramai anak-anak tentera minta ditukarkan ke situ ... maka dengan sebab itu enrolment murid sekolah kami pun bertambah menyusut ... tinggal seratus lebih je ... lama-lama nanti sekolah kami akan jadi SKM gamaknya . Tak kisah ler , murid sikit ke , murid banyak ke .. tugasnya tetap sama ... lagi kurang murid , lagi mudah kami kenal each of them ... lagi mudah nak beri perhatian . Lagi mencabar bagi kami nak dapatkan bilangan students 5A nanti . Tahun 6 hanya tinggal 39 orang je untuk 2011 nanti .

ANAK-ANAK

Haikal ni macam belum bersedia je masuk Tahun 1 ... first time hero kami naik darjah satu ... dia lebih kurang Nisha je ... kalau Nisha dulu slow learner .. Haikal pulak ... lazy learner ... sampai mak dia pun tak sanggup nak ajar dia di rumah ... menguji kesabaran sungguh ... sampai sekarang dia masih belum lulus membaca ... kalau 2 suku kata tu lepas la ... kalau nak baca ayat tu fail la .... slap-silap haribulan nanti , masuk ke LINUS tegar .

Nisha akan naik Tahun 6 , harapan kami pada dia tidak setinggi macam kak Una dulu sebab kami tau setakat mana kemampuan dia ... anak-anak ni tak semuanya sama ... harap-harap dia boleh lulus semua 5 subjek UPSR nanti ... so far hanya Math dia saja yang masih merah . Tahun depan mak akan ajar kelas Nisha juga ... and mak nak nisha score at least 'B' in English ... kalau dulu Nisha asalnya dari kelas pemulihan , tapi akhir tahun 2010 , nisha dah banyak meningkat .

Meen pula akan naik ke Tahun 3 ... Tahun 2011 dia dapat jawatan sebagai pengawas ... kami hanya beli sehelai baju je untuk dia sebab baju2 kak Una masih nampak baru ... itu la untungnya buat baju dengan kain berkualiti ... boleh pakai lama . Harap tahun depan prestasi meen juga akan lebih baik . Meen ni rajin cuma mak ni busy takde masa nak guide dia ... moga tahun 4 nanti mak dapat ajar di kelas Meen ... so at the same time , mak boleh monitor Meen dalam kelas .

Kak Una pula akan ke salah sebuah sekolah menengah di KL je ... dia akan masuk aliran agama ... kalau dapat MRSM , sure kami akan terima dengan gembiranya ... tapi kami tak nak letakkan harapan yang tinggi untuk itu sebab budak-budak KL ni bukan mudah nak masuk SBP or MRSM ... keutamaan lebih kepada anak-anak miskin di luar bandar sana ... kalau ada rezeki tu ..adalah .. kalau takde kami terima aje la .. tapi kak Una still tinggal di hostel .. ayah dah berhabis banyak beli barang2 untuk kakak ... belajar di mana pun , kalau kakak rajin , sure kakak akan cemerlang .

Hakim akan kembali ke rumah ibu pengasuh dia Isnin ni ... sure melalak nak letak sana nanti .. dah sebulan tak ke rumah ibu . Kesian pulak nak hantar dia di sana .. dah lama sangat duduk melekat dengan mak ... makin manja dia dengan akak . Harap ibu dapat jaga Hakim dengan baik ... akak paling risau kalau anak sakit or accident di rumah pengasuh ... macam kes Haikal & Nisha dulu ... memang takut sangat bila fikirkan perkara2 tu . Harap-harap takde la lagi perkara buruk berlaku pada anak-anak semasa dalam jagaan orang lain .

Banyak sungguh harapan akak .. harapan kami ... ibu mana yang tak sayangkan anaknya ? .. segarang - garang akak pun , akak tetap boleh giler kalau apa-apa jadi pada anak-anak ... meaning ... kami sangat sayangkan diaorang ni , more than everything .

Monday, December 27, 2010

Kami sponser satu hadiah

Dengan sukacitanya dimaklumkan kami akan sponser hadiah untuk contest di bawah .


* UNTUK YANG NAK JOIN .. JUST CLICK GAMBAR DI ATAS *

No more herbal pad .

Takde lagi pad herba ... sebelum ni akak ada buat entry tentang masalah period akak ... dan dah sebulan lebih akak stop guna pantyliner herba tu ... alhamdulillah nampaknya berkesan ... period dah back to normal ... kalau sebelum ni minggu pertama tu hanya keluar sikit je ..dan minggu kedua baru period keluar dan berlarutan sampai 15 hari ... akak risau sangat ... dan last week akak ke klinik tanyakan result pap smear yang akak buat bulan Ogos lepas .... alhamdulillah resultnya ok .. negative.

Memang pad herba tu amat tak sesuai dengan akak ... kawan2 kat sekolah pun cakap doktor pun ada yang cakap pad tu tak sesuai dipakai ... tak kisah la penjual nak cakap apa ... cuma no more for me . Akak pakai pantyliner tu sejak lahirkan Hakim... memang best guna ... sejuk je tapi tak sangka pula ada side effect . Mulanya akak beli online .. pastu continue beli dengan parents one of my students .

Thursday, December 23, 2010

Balik kampung lagi

Alhamdulillah kami telah selamat sampai ke kampung malam semalam . Kami bertolak lewat sikit sebab banyak urusan yang abang misai nak selesaikan sebelum balik . Kami singgah makan malam di kedai makan cousin abang misai di Kemunting , restaurant yang popular sebelah stesyen Petronas ... menu yang akak pilih set nasi dengan bawal goreng , kuah kari + sambali kicap+sambal belacan dan ulam ... fuhhhhh terangkat ... satu set RM5 je... banyak lagi menu lain spt bihun sup RM1.50 . Ralat pulak sebab lupa nak snap gambar menu semalam .

Kami sampai rumah tok som pukul 9.30 malam... semua dah kekenyangan . Hari ni ada kenduri dekat dengan rumah tok som ... tak kan miss makan kenduri di sini sebab nasi kenduri Titi Serong memang sedap giler bagi akak . Petang ni baru kami balik Alma .Esok rasanya nak ronda-ronda Penang .

Wednesday, December 22, 2010

Bila masa lalat datang bertenggek ?

Aitt ..sejak bila ada tahi lalat di pipi ni ? Apa benda hitam di pipi Hakim ni .. masa ambik gambar tak perasan pun . Comei jugak dia bertahi lalat ... nak lawan Kak Meen ke ? kak Meen ada 2 tahi lalat besar di pipi .

Budak nakal yang merap ... nak tumpang duduk depan pc tapi mak tak layan . Mak Hakim risau ni sebab bonjol di belakang kepala Hakim kembali bengkak ... minggu lepas dah susut .. entah apa yang dia makan buat benda tu bengkak semula . Doktor cakap haritu benda ni tak bahaya .. akan susut juga one day ... tapi bila dah naik balik , kami tetap risau . Hakim tetap aktif macam biasa .. bila kami tekan benjol tu dia takde respond , maknanya tak sakit langsung la .

We Meant For Each Other

Hari ni anniversary kami yang ke 14 ... tiada hadiah menarik .... masih menunggu ... rasanya takde roses 14 kuntum untuk hari ni sebab kami akan balik kampung . Akak tak penah minta hadiah ribu riban sebab akak tau dia tak mampu nak beri ... cukup la kasih sayang yang dia curahkan pada akak selama ni . Hingga kini kami masih lagi macam couple bercinta . I wouldn't ask for more . Semoga kasih kami kekal ke hujung nyawa .

Walaupun banyak kisah suka duka sepanjang 14 tahun ni tapi Alhamdulillah kami berjaya harungi semua tu . Komunikasi adalah petua paling baik yg eratkan hubungan kami . Saling beralah ... bersabar ... berbincang ... segala masalah dapat kami selesaikan dengan jalan yang baik . Walaupun kekadang akak angin dengan sikap dia tapi hakikatnya akak tak boleh hidup tanpa dia ... akak ni pun bukannya baik sangat dan akak terima semua kebaikan & kelemahan dia .

Bukti cinta kami ? ... tu yang berlima di atas .. di header tu ... lambang kasih sayang kami .

Lagu favourite akak



Lagu dia .

14 tahun bercinta


( 22 Dis 1996 )

Each anniversary finds us happier
You fill my life with pleasure, joy and fun.
As time goes by, our love grows stronger still.
You're the most amazing man I ever knew.
I prize our anniversaries because
Each year I fall in love again with you.

Our wedding anniversary brings to mind
The happiness and joy you’ve brought to me,
Sweet memories--the laughter and the tears,
Devoted love you give abundantly.
The place I want to be is close to you;
I know that I can cope with what life brings,
As long as I wake up to see your face.

Happy 14th Anniversary Sayang

Monday, December 20, 2010

Shopping di Mydin

gambar carian En.Google

Petang tadi abang misai hantar kami ke Mydin Jalan TAR ... situ ler tempat save budget untuk kami beli barang-barang sekolah . Kena la ukur baju di badan sendiri kan ... anak-anak ni dah biasa tak diajar bermewah-mewah sejak dari dulu lagi . Diaorang pun tak pandai nak demand itu ini .. cantik di mata mak .. cantik la di mata diaorang .

Suka sangat bila dah dapat alat tulis .. beli baju sekolah agama Haikal .. juga sorang sepasang lagi kasut untuk Meen & Nisha .. sebelum ni ayah pun dah beli , tapi mak depa ni tak sampai hati nak bagi anak-anak pakai sepasang kasut tu sampai seminggu .

Kami tak pegi tempat lain .. sebab baby Hakim dibawa sama .. dukung bergilir-gilir . Habis je membeli terus call abang misai datang jemput kami . Alhamdulillah banyak yang dah settle ... tinggal barang-barang kak Una ... Kak Una akan tetap tinggal di asrama .. kalau dia tak dapat ke Seri Puteri or MRSM .. dia akan ke sebuah sekolah agama di KL dan tinggal di hostel .. surat tawaran dah sampai 3 hari lepas .

Hadiah sampai lagi

Kami telah menang tempat ke 3 dalam contest Gaya Si Comel Berbaju Raya ( kategori boys )


Anjuran :


Gambar baby Hakim yang kami pertaruhkan dulu .

Pagi tadi akak ke sekolah ... hadiahnya dah sampai . Thanks pihak penganjur dan penaja-penaja hadiah . Kami suka sangat dapat hadiah-hadiah ni .

Kena dera

Naya Hakim kena dera dengan kakak-kakak dia ... budak tu tak nak korang paksa jugak .

Jangan terkejut ... sudah tukar ke ?

Kami balik ke design lama seketika sebab akak nak cuba design blog sendiri ... kalau pakai design yang akak tempah tu , hancus jadinya design tu nanti ... korang bukan tak tau akak ni ... suka try itu ini ... kekadang nampak cantik di mata sendiri tapi hancus di mata orang lain .

Dah habis exam semalam ... dah berakhir penderitaan ... dah keluar dari belenggu exam , cengkaman buku ... baru la boleh cuti betul-betul . Nak continue dengan keja - keja mengemas rumah ... rumah di alam realiti dan rumah di alam maya sekali . Nak bawak anak-anak keluar jalan - jalan . Tapi kami tak boleh nak ke tempat yang kena duit .. nak kena berjimat . Mana la tau kot-kot kak Una dapat ke sekolah berasrama ... so far dah dapat 1 tawaran tapi nak tunggu dulu keputusan SBP dan MRSM keluar dulu . Harap-harap ada ler rezeki dia ke arah situ . Rumah pun dah nak dapat kunci sikit hari lagi .. dan ada orang nak sponser perabut yang cukup untuk satu rumah .. orang tu nak masuk ke kondo so dia nak pakai furniture baru semuanya ... kami kena sewa lori bawak balik ke kampung ... tu nak pakai duit jugak ... mana lagi dengan nak pasang grill ... wiring dan lain2 .

Ok stop dulu ... banyak keja rumah menanti . Hari ni abang misai start cuti so tak leh duduk depan pc lama-lama nanti ada mata menjeling dan ada mulut yang akan bising .

**** so adiosssss amigos ... cau dulu sebelum kena leter ****

Saturday, December 18, 2010

Study + fb + BW + studoq = esok blur

Niat di hati nak sambung study lagi sampai pukul 1 ... tapi mata dah tak tahan sangat ni . Masuk sini kejap buat satu n3 sebelum zzzzzzzzzz . Abang misai tengah tengok movie ... cerita apa tah ... baby Hakim dah tido ... tadi dia pun sibuk mengekor mana mak dia pegi ... tak nak duduk dengan ayah . Akak lari masuk bilik .... dia ketuk sambil panggil makkkkk ... siap landing sama -sama selak buku .

Harap2 ada ler yang dibaca keluar esok . Akak ni tak boleh duduk dalam dewan sejuk sangat ... otak pun boleh beku . Jenuh nak recall balik .... last-last goreng je . Entah mengena ke tidak . Tak tau ler semester ni nak dapat apa . Jangan ler jatuh lagi . Makin lama makin susah dan rasanya akak pun dah semakin pelupa .

Semoga semuanya dipermudahkan Allah esok .

Aman sikit nak study

Malam ni akak study dengan aman sikit .. sikit je la .. sebabnya Kak Una & Meen ikut maksu ke rumah maklang diaorang . Selalunya yang buat bising & gaduh - gaduh si Meen la . Bila dia takde kat rumah kurang sikit dengar orang bising . Yang tinggal Nisha , Haikal & Hakim je .

Abang layan adik . Adik ni pantang pintu terbuka , dia akan terpa ke luar . Memang kami tak bagi dia main sorang-sorang di koridor sebab ada jeriji besi tu yang agak besar jaraknya .. bukan depan rumah kami tapi depan rumah jiran sebelah ... boleh muat kepala Hakim kalau dia push kepala dia . Ngeri akak bayangkan kalau jatuh ke bawah .


Abang tolong suapkan nasi dan sup untuk adik . Diaorang berdua ni takde gaduh-gaduh . Haikal sayang sangat adik dia .

Budak kecik yang suka jalan sana-sini ... punggah itu ini.

My two little heroes . Love both of U so much .

kami takde hak ke ?

Tension sangat dengan orang itu ... semua orang dia nak control ... semua keputusan nak kena ikut cakap dia . Dia kata dia ketua keluarga , dia berhak buat keputusan . Habis hati dan perasaan orang lain , dia tak payah ambik kira ? Habis kami ni tak de hak nak buat keputusan dan pilihan sendiri ? Sejak dari kawin sampai sekarang , dia tak penah berubah .. selalu nak buat keputusan untuk kami . Kekadang akak melawan juga ... mana tahan , kita tak boleh buat pilihan sendiri . Dan kadangkala akak buat jugak keputusan sendiri .. kalau tanya dia , sure sakit hati . Sejak dulu akak banyak beralah dengan dia ... kerana sayang akak yang makan hati .

Sekarang ni dia nak tentukan masa depan anak-anak pulak .... dan masa depan adik dia juga ... Tak bagi peluang diaorang nak buat pilihan sendiri . Tak tau la apa nak jadi lepas ni . Mungkin akak & anak akan bertikam lidah dengan dia untuk pertahankan pendirian & pilihan kami .

Study lagi ... tak sabar nak bebas

Sambung study ... hari ni memang rancang nak study je . Subjek phonetics ni bukannya senang nak faham ... nasib baik maksu nak bawak anak-anak dara ni ke rumah maklang diaorang dan bermalam di sana . Aman sikit dunia akak ... tinggal Hakim & Haikal je kat rumah . Tapi belum tentu aman lagi ni sebab budak berdua ni ler yang selalu ganggu mak diaorang nak study . Tak sabar rasanya nak bebas dari cengkaman belenggu exam . Nak pegi mana pun hati tak senang .

Minggu depan abang misai start cuti ... bestnya ... best ke ? rasanya kami tak akan balik kampung lagi ... nak save budget ... sekolah nak buka ni , banyak benda yang dibeli untuk anak-anak . Minggu depan akak nak ke sekolah beli buku latihan diaorang . Anak-anak pun sibuk ajak keluar beli peralatan sekolah . Bagi mak 2 hari je lagi .. bila mak dah habis exam , kita keluar ya .

Friday, December 17, 2010

Hakim yang lasak

Orang berblogging , dia pun sibuk nak buat entry jugak . 4 pagi akak bangun untuk study , dia pun bangun jugak ... time bila la nak dapat privacy , study dengan aman . Budak 1 tahun ini sangat la lasak sekarang ni , makin cerdik . Pantang bukan pintu dia cepat-cepat nak keluar . Kalau nampak mak atau ayah siap2 pakai lawa sikit , dia rapat nak ngikut sekali .

Baby Hakim dah jalan laju ... dah macam nak berlari pun ... tapi kadang-kadang tu still jatuh juga . Dah pandai mengikut apa yang orang buat ... dah pandai marah pun .. bila kami marah dia , dia marah kami balik ... cepatnya budak ni belajar . Harap kakak-kakak dan abang dia tak ajar dia ilmu-ilmu yang tak sesuai .

Thursday, December 16, 2010

Hebatnyaaa diaaaaaa

ehsan encik Google

Betapa hebatnya akak korang ni ... dapat study dala keadaan yang bingit ... PC di depan ruang tamu ... so study pun di sini jugak la ..dengan tv terbuka ... dengan suara anak-anak bergaduh . Dengan Hakim yang merengek nak duduk atas riba ... tu tak termasuk dengan permintaan abang misai yang nak itu ini ... air sendiri pun tak boleh buat .... nak jugak suruh bini dia yang stress ni buat . Anak-anak satu hal ... masa mak depa perlukan ketenangan ni la depa nak buat bising . Sebab tu la akan kedengaran suara mak tarzan memekik sekali sekala .

Bila lari masuk bilik ada jugak yang masuk mengikut ... merenget nak tido bawah ketiak mak ... aduhaiiiii ... last-last dengan maknya sekali zzzzzzzzzz .

Malam ni kena pulun study untuk esok .. dah set jam nak bangun 4.30 sambung sikit lagi .. wsih me for the best tomorrow .. semoga segalanya dipermudahkan olehnya untuk student tua ini .

Habuk sana-sini menyesakkan hidung


Gambar di atas adalah permandangan dari koridor blok tempat kami tinggal .. sepanjang kaki lima hingga ke blok belakang di korek untuk menanam paip pembentungan . Habuk sana - sini sampai kami tak sanggup nak buka pintu mahupun tingkap . Kereta di parking lot pun penuh berhabuk .

Sampai bila keja-keja nak berhenti , kami pun tak tau ... hari-hari kami sedut habuk . Tension siot . Nasib baik takde yang ada asma di rumah ni . Bunyi kereta korek & lori pun menggangu Hakim nak tido .. termasuk mak Hakim yang suka tido siang ni .

Wednesday, December 15, 2010

Happy Birthday My Sweetheart


A year ago, we welcomed Hakim
the new member of our family.
Nervously and sleepily,
We took him to our home.

A year has gone so quickly,
Yet we have learned so much.
We've felt a love so strongly,
In a baby's gentle touch.

You're as cute as a bug
So precious to hug
A darling child
Who's nice to be near.
So.. hope turning one
Is happy and fun
And takes you along
To a second great year

Your smile is a curve that sets everything straight and wipes wrinkle away.

I'm so grateful that I have you as a son.

You grow wiser with each passing day .

Because today's your 1st Birthday
And you're so special too,
Everything that's happy,
Is being wished for you.


No matter how many birthdays come and go, you'll always be my little boy.

Wajah baru kami in the house

Inilah wajah baru blog kami in the house ... Thanks to White mommy . Harap-harap kali ni bertahan lama . Header di atas hanya sementara je . Akak akan cuba design yang baru ... tinggu la bila dah free sikit nanti . Sekarang ni otak serabut dengan study .

Akak tak berani nak order header sekali sebab dah tau diri ni cepat boring ... nanti akak sure nak tukar-tukar pulak .

Kenapa ekk ?

gambar pinjam Encik Google

Kenapa ye ? sejak dua menjak ni terasa bengap sikit ... ayat pun dah tunggang terbalik .. dah tak pandai nak reka cerita ... rasa macam tak pandai nak menulis dengan ayat yang sedap dibaca . Dah banyak wayar dah putus ke ? ... errrrrr mintak dijauhkan . Kalau dulu semangat nak study punya la tinggi walaupun akak tau akak ni tak sehebat mana .

Ya Allah kembalikan semangatku yang dulu . Mana peginya Cikgu Yanti yang selalu think positive ? ... mana peginya Cikgu Yanti yang selalu kata boleh pada dirinya ? Mungkin sebab beban keja dah makin bertambah ... tu yang buat mood dah down . Bukan keja sekolah je ... keja rumah pun ... rumah dah macam stor , bila dah ramai di ruang yang sempit , dah tak tau mana nak susun & letak barang-barang . Tak tau dah macam mana nak kemas lagi . Kalau dulu rajin nak mendeko walaupun sempit sana sini . Langsir di ruang tamu ni dah 3 tahun tak berganti ... dulu every year tukar langsir & setiap kali raya mesti nak cat dalam rumah ..

Rasanya sejak akak study ni masa akak untuk urusan rumah & keja2 sekolah agak terhad tapi so far keja sekolah akak masih belum terjejas banyak . Tak sabar rasanya nak habiskan study . Sebab akak nak sambung semula apa yang akak suka buat sebelum ni . Akak nak dalami ilmu photography semula ... akak nak continue blajar edit gambar ... akak nak mendeko rumah sempit ni semula . Akak nak selalu outing dengan anak-anak . Nak buat keja2 keras tangan yang sgt akak suka . Nak lebihkan tumpuan pada anak2 orang di sekolah . Akak nak jadi Cikgu Yanti yang kreatif ..cikgu yang produktif macam dulu .

Harap orang-orang disekeliling akak memahami ... bagi masa sikit je lagi untuk akak kejar cita-cita akak ni dulu . Kepada pentadbir sekolah ... terima kasih kerana amat memahami situasi student tua macam akak . Insyaallah Cikgu Yanti tetap cikgu Yanti yang dulu cuma cikgu Yanti kekadang penat je sikit tu yang keja tak effisyen macam dulu . Lepas ni semua akan dapat cikgu Yanti yang dulu . Satu tahun je lagi .

Kami ok ka ?


HAKIM

Alhamdulillah semua Ok ..takde yang serius . Kami baru je balik dari hospital .. sejam je kami kat sana . Doktor kata benjol tu tak bahaya .. just monitor je ada surut ke tak .. kalau tak surut jugak dalam 2 minggu or kalau dia sakit , kami kena bawa Hakim ke hospital semula . So dapat la akak study dengan hati yang lapang . Esok Hakim's first birthday ... tak decide lagi nak celebrate di mana & macam mana ... mungkin buat simple2 je cara kami .. takpun keluar makan kat luar .

AKAK

Sibuk semula dengan study untuk exam hari Jumaat nanti . Then paper is on Sunday . Sejak belajar ni akak rasa stress sikit ... banyak benda yang teratur ... sebelum ada baby , tak ler serabut macam sekarang sebab takde orang nak merap .

Melencong ke crite lain pulak ... Sejak lahirkan Hakim akak ada cuba pakai pantyliner herba . Kawan yang suggest ... Kerap juga guna tapi tak ler pakai hari2 ... dan 2/3 bulan ni period akak dah jadi tak menentu ... sejak kawin period datang consistent je tapi sekarang boleh lewat sampai 2 minggu dan bila datang ... tempohnya sampai 2 minggu . Sejak bulan lepas akak dah stop pakai pantyliner tu ... nak tengok macam mana period lepas ni . Kalau tak ok jugak .. nak kena pi klinik wat check up la jawabnya . Sebelum bulan puasa haritu akak dah buat ujian pap smear & resultnya ok . Harap2 everything will be ok .

ANAK-ANAK

Pagi ni ada orang sudah kena rotan dengan mak dia sebab pagi2 dah start gaduh & buat bising . Bukak TV macam orang pekak .. volume boleh dengar sampai ke blok sebelah ... Mak nak study pun tak tenang . Warning tak jalan , so bila mak cakap tak jalan .. mak akan cakap dengan rotan je . Baru tau duduk diam .

Hakim ke hospital lagi


Pagi ni akak dan abang misai bawa baby Hakim ke hospital ... di kepala Hakim ada bonjolan sebesar duit 50 sen .. dalamnya macam ada air je . Tapi Hakim sihat walafiat ... lasak seperti biasa .. harap tak serius la .. tak tau apa puncanya ... nak kata jatuh , takde la pulak .. tak tau lagi akan kena tahan wad ke tak ? ..kalau akak tak update status maknanya kami tinggal di ward la .

So kepada sesiapa yang nak hubungi akak ... sms je .. or tinggalkan msg di facebook or email . Till then , do pray for us ..

Tuesday, December 14, 2010

Hadiah dah sampai


Hadiah untuk contest "Muncung Paling Menawan Si Kecil " dah sampai semalam ... ini lah hadiahnya .. Bag sandang untuk baby Hakim . Sesuai dengan saiz tuannya . Terima kasih puan penganjur .

Hakim dah ready nak ikut mak pi sekolah ni .

2 hari lagi we will celebrate his 1st birthday . Kejap je masa berlalu . Hakim pun dah boleh jalan ... yang tak bestnya ... sure kami akan merindui saat - saat dia still baby . Lepas ni main dengan baby orang lain ler nampak gayanya .. dan yang bestnya , next year tok som akan terima lagi 3 cucu ...

Cuti kami

Cuti sekolah tinggal lagi 2 minggu ... Ahad ni last day exam . Lepas tu baru rasa merdeka . 2/3 hari will be busy studying . Dan kepala pun akan berat je . Exam semalam sangat la susah ... harap2 akak boleh lulus subjek tu . Soalan2 favourite tak keluar ... frust betul . Goreng je lebih . Kalau goreng dengan cukup ingredients takpe .. ini ramuan tak apa2 .


Rumah kembali bingit dengan suara anak-anak . Satu hari tak gaduh , memang tak sah .

Berjumpa Kulaan

Sebelum balik ke KL Ahad lepas , kami singgah ke Taiping dulu ... singgah makan kenduri anak sedara akak ( anak cousin - 3 dari kiri ) . Kami dah lama tak pi rumah cousin akak ni ... rasanya penah dtg sekali je sejak dia pindah sini ... best bila dapat berjumpa kulaan ( sanak-saudara) sebelah mak akak ni . Tok Som ada 5 adik beradik dan dia yang bongsu tapi kini hanya tinggal Tok som dan abangnya iaitu pakcik kami je .

With my cousin , Ta . Dulu Ta pernah tinggal dengan kami masa akak & dia sama - sama keja kilang lepas abis SPM . Bila dah kawin , jarang sangat jumpa ... masing - masing dengan haluan sendiri .

Inilah pakcik kami .... the only abang tok som yang masih ada .

Exam

gambar pinjam En.Google

Kami dah selamat sampai ke KL petang semalam . Thanks to adik akak . Pdah sudi jadi driver kami . Akak tak berani drive jauh-jauh dengan anak-anak kecik ni . Hari ni akak exam ... first paper , Psycholinguistics in Language Teaching . Subjek yang agak challenging . Harap dipermudahkan segalanya . Wish me luck .

Sunday, December 12, 2010

Girls day out


Semalam anak-anak dara akak had a girls day out with their maklang & maksu . They went to Penang ... pegi tengok wayang , then ronda-ronda ambik gambar . Akak tak ikut .. nak kena study for the exam. Haikal pun tak boleh ikut coz diaorang tak sanggup melayan peel dia .

belum sampai Penang pun dah start berposing


They watched THE CHRONICLES OF NARNIA-THE VOYAGE OF THE DAWN TREADER

posing lagi

dan lagi

Meen & her cousin Aisyatin ... member kamcing ..dua2 ada angin

dan posing lagi sebelum balik .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails